PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 22 Julai sebagai pengurusan kes berhubung rayuan enam individu yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, hampir enam tahun lepas.
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Peguam Datuk N. Sivananthan, yang mewakili bekas pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran, ketika dihubungi mengesahkan bahawa ia ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya untuk memuktamadkan rekod rayuan.
Beliau berkata Mahkamah Rayuan tidak dapat menetapkan tarikh pendengaran kes itu kerana sesetengah perayu tidak dapat memfailkan petisyen rayuan susulan rekod rayuan belum dimuktamad.
Sivananthan berkata anak guamnya telah memfailkan petisyen rayuan pada awal tahun ini sebaik sahaja Hakimm Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah memberikan alasan penghakiman.
Peguam Jasmine Cheong, yang membantu Sivananthan, pula berkata pengurusan kes hari ini adalah untuk mengemas kini mahkamah berhubung rekod rayuan.
Beliau berkata ini merupakan kali kelapan prosiding pengurusan kes diadakan untuk rayuan itu.
"Sebaik sahaja rekod rayuan lengkap dan teratur, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran, " katanya ketika dihubungi.
Pada 10 Julai 2020, Kunaseegaran, pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran dan empat penganggur R. Dinishwaran, AK Thinesh Kumar, M. Vishwanath serta S. Nimalan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mereka didapati bersalah membunuh Morais.
Mayat mangsa ditemukan di dalam tong dram yang diisi konkrit.
Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 mlam pada 4 Sept 2015 .
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Julai sebagai pengurusan kes berhubung rayuan enam individu yang dihukum mati selepas mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, hampir enam tahun lepas. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.

Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).

Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.