Sebanyak 22 peratus daripada 804 premis makanan yang diperiksa di seluruh negara diklasifikasi sebagai tidak bersih, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata peratusan yang diperoleh daripada operasi secara rawak bagi tempoh 1 hingga 3 Julai lepas dianggap suatu perkara membimbangkan dan kementerian berharap semua pemilik premis makanan sentiasa mengambil berat faktor kebersihan.
"Sebagai contoh, ketika menjalankan satu operasi di Shah Alam, sebanyak 23 premis daripada 24 premis yang diperiksa telah diarahkan tutup kerana didapati tidak bersih.
"Ini juga berlaku di Negeri Sembilan yang mana daripada 18 premis makanan yang diperiksa, 11 telah diarahkan tutup," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Subramanaim berkata secara keseluruhan, sebanyak 158 premis atau 19.7 peratus diarah tutup selama dua minggu bagi memberi peluang pemilik premis menjalankan kerja pembersihan dan penambahbaikan.
Selain itu, sebanyak 19 notis memerintahkan kehadiran di mahkamah dikeluarkan kepada pengusaha makanan yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Beliau berkata peranan menjaga kebersihan tidak seharusnya diletak di bahu kerajaan semata-mata sebaliknya rakyat juga harus mengambil tindakan dengan memilih untuk membeli daripada premis makanan yang bersih.
"Saya menasihatkan rakyat untuk memilih tempat makan yang bersih, dan ini secara tidak langsung memberi mesej yang kuat kepada peniaga makanan untuk tidak mengabaikan ciri-ciri kebersihan dalam mengendalikan premis dan menyediakan makanan," katanya.
Subramaniam berkata tindakan itu juga akan dapat menghindar pembiakan haiwan yang memudaratkan kesihatan seperti lipas dan tikus, seterusnya mengekang penularan wabak berbahaya seperti penyakit kencing tikus.
Beliau berkata operasi sedemikian akan diteruskan selama dua minggu dan lokasi yang diberi tumpuan ialah di Kuala Lumpur serta Selangor.
"Lebih daripada 1,000 pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan terlibat dalam operasi ini dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya.
Sempena ketibaan bulan puasa, Subramaniam berkata pihaknya akan memeriksa premis di bazar Ramadan bagi memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat.
Bernama
Sat Jul 06 2013


KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Perokok guna pita ukur bagi mengukur jarak 3 meter dari kedai makan
Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

Perokok gagal fahami kawasan larangan merokok di tempat makan - Shaani
Budaya merokok di tempat makan tidak akan dapat diubah dalam masa terdekat walaupun larangannya sudah dikuat kuasakan mulai tengah malam 1 Januari.

Selamat tinggal asap rokok di tempat makan!
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata larangan ini bertujuan untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

Vape dan shisha turut dicadang supaya dilarang di semua premis makanan
Penggunaan rokok elektronik sememangnya sudah dimasukkan sebagai takrifan merokok dalam pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

Sampai bila pilih premis makanan kotor?
Adakah melihat tikus-tikus berkeliaran di bawah kerusi dan meja di medan selera suatu yang dianggap biasa di Malaysia?

Ini senarai terlazat! Lebih 10 tempat makan wajib anda kunjungi di Taiping
Apa tarikan pelancongan di Taiping? Macam-macam. Bagaimana pula kalau lapar? Senarai ini mungkin boleh membantu kembara gastronomi anda!

Pembiakan tikus: Peniaga tidak mahu terus dipersalahkan
Kerjasama antara pihak berkuasa, peniaga dan pelanggan penting bagi membasmi masalah pembiakan tikus di ibu kota.

22 peratus premis makanan yang diperiksa diklasifikasi sebagai tidak bersih
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata peratusan yang diperoleh daripada operasi secara rawak bagi tempoh 1 hingga 3 Julai lepas dianggap suatu perkara membimbangkan.