MELAKA: Sebanyak 25 bas pelancongan atau persiaran dan bas ekspres diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) yang dilaksanakan dari 5 Julai hingga hari ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan berkenaan membabitkan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, tiada lesen kenderaan pengangkutan (PSV), tiada lesen pengendali, tata kelakuan pemandu seperti merokok dan meletak kenderaan di kawasan bahaya.
Beliau berkata selain itu, bas persiaran dan ekspres berkenaan juga turut dikesan melakukan kesalahan teknikal seperti tiada alat pemadam api dan peti pertolongan cemas.
"Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 20 bas persiaran dan satu bas ekspres dikesan melakukan pelbagai kesalahan dan masing-masing empat notis larangan penggunaan kenderaan, notis arah periksa dan notis panggilan temu siasat turut dikeluarkan kepada pengusaha bas.
"Bagaimanapun setakat ini, tiada KPA terlibat yang disita dan Operasi Bersepadu KPA akan diteruskan hingga 31 Julai ini," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata sebanyak 280 KPA telah diperiksa melibatkan 150 bas persiaran dan 130 bas ekspres dalam tempoh operasi berkenaan dijalankan.
Beliau berkata operasi itu bertujuan membantu mengurangkan kes kemalangan jalan raya sekali gus meningkatkan kesedaran aspek keselamatan di jalan raya membabitkan KPA menerusi penguatkuasaan undang-undang.
Dalam pada itu, katanya bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024), pengusaha bas yang ingin menambah pendapatan dengan membawa pelancong ke Melaka menggunakan bas milik mereka, disaran mematuhi syarat permit ditetapkan agar tidak berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Sebagai contoh, syarat permit ialah bas sekolah tetapi kenderaan itu digunakan bukan untuk tujuan asal seperti membawa rombongan atau pelancong.
"Mereka perlu berurusan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk membuat permohonan tukar syarat bas berkenaan," katanya.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka Hasni Abu Hassan berkata dalam operasi hari ini, sebanyak dua bas persiaran yang dikesan tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong berlesen.
Beliau berkata syarikat penganjur pelancongan itu akan dipanggil bagi siasatan lanjut dan kesalahan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 yang memperuntukkan denda sebanyak RM50,000 atau kompaun maksimum RM25,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, tiada lesen kenderaan pengangkutan (PSV), dan tiada lesen pengendali adalah antara kesalahan yang dikesan. - Bernama
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

25 bas persiaran, ekspres diambil tindakan dalam Op Bersepadu KPA
Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans, tiada lesen kenderaan pengangkutan (PSV), dan tiada lesen pengendali adalah antara kesalahan yang dikesan.

Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing
Kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan oleh JIM.

Op Bersepadu JPJ sempena perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April
231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau "hotspot".

Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan
Op Bersepadu ini akan menggantikan Op Benteng.

Jabatan Imigresen Perak serbu kedai karpet, restoran nasi kandar
Menurut Pengarah Imigresen Negeri Perak, Kamalludin Ismail, sepanjang operasi tiga hari itu, sebanyak 12 premis telah diserbu.