PUTRAJAYA: Sebanyak 25 daripada 672 sungai di seluruh negara yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) berada dalam kategori tercemar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata sungai tercemar itu dikesan di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.
Beliau berkata antara sungai yang tercemar ialah Sungai Bakar Arang di Kedah, Sungai Jawi (Pulau Pinang), Sungai Buloh (Selangor), Sungai Kerayong (Kuala Lumpur) dan Sungai Adong di Sarawak.
Beliau berkata sungai tercemar itu berada dalam pengkelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat yang berpunca daripada aktiviti perindustrian, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan serta penternakan.
"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) dan mesyuarat hari ini ada empat kertas pembentangan.
"JAS telah bentang status sungai di Malaysia yang berada dalam kategori bersih, sederhana dan tercemar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
Secara keseluruhan, JAS memantau 672 sungai di seluruh negara dengan 486 sungai atau 72 peratus berada dalam kategori bersih, 161 sungai (24 peratus) pada kategori sederhana dan 25 sungai (empat peratus) pada kategori tercemar.
Fadillah berkata mesyuarat turut bersetuju agar Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai ditubuhkan di peringkat negeri.
"Semua wakil negeri yang hadir mesyuarat ini akan membawa perkara ini ke negeri masing-masing bagi mendapatkan panduan serta persetujuan di peringkat kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan bengkel bagi memperincikan perkara berkaitan pengurusan sungai, perundangan, peraturan, dasar serta pelaksanaan.
"Kita setuju dari tempoh sebulan dari hari ini untuk mengadakan bengkel, ia membabitkan bidang kuasa kerajaan negeri, Persekutuan dan PBT (pihak berkuasa tempatan).
Fadillah berkata jawatankuasa itu turut menekankan pemakaian pelan tindakan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) sebagai kaedah pengurusan dalam membantu meningkatkan kualiti air sungai.
Bagi menjayakan pelan tindakan itu, beliau berkata kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) diperlukan.
Beliau berkata mesyuarat turut dimaklumkan tentang pembangunan Sistem Pintar Kecerdasan Buatan (AI) bagi penarafan dan pengelasan kedudukan sungai di Malaysia (AIR3S) oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
"AIR3S boleh digunakan di lembangan sungai negara oleh semua pihak berkepentingan dalam pemantauan meningkatkan kualiti air sungai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
![25 sungai di enam negeri dikategorikan tercemar - TPM Fadillah 25 sungai di enam negeri dikategorikan tercemar - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717663583_FadillahYusof.jpg)
Fadillah (dua, kiri) bergambar bersama ahli mesyuarat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan di PICC hari ini. - Foto Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![25 sungai di enam negeri dikategorikan tercemar - TPM Fadillah 25 sungai di enam negeri dikategorikan tercemar - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717663583_FadillahYusof.jpg)
25 sungai di enam negeri dikategorikan tercemar - TPM Fadillah
Sebanyak 25 daripada 672 sungai di seluruh negara yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) berada dalam kategori tercemar.
![Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709360466_ikanmati.jpg)
Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak
Sebanyak 33 guni ikan mati telah dibersihkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di perangkap sampah Sungai Kundang di sini pada Sabtu.
![Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627836942_KIMIA.jpg)
Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.
![Kualiti air 14 sungai di Johor dalam kategori paling tercemar - MB Kualiti air 14 sungai di Johor dalam kategori paling tercemar - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698504288_OnnHafizGhazi.jpg)
Kualiti air 14 sungai di Johor dalam kategori paling tercemar - MB
Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan sebagai paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi 29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686639157_TBNIKNAZMINIKAHM.jpg)
29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi
Sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.
![Sebanyak 23 sungai tercemar di Malaysia, 13 sungai di Johor Sebanyak 23 sungai tercemar di Malaysia, 13 sungai di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669535616_alamsekitarsungai.jpg)
Sebanyak 23 sungai tercemar di Malaysia, 13 sungai di Johor
Sebanyak 23 sungai di Malaysia disenaraikan tercemar sepanjang tahun lalu dengan 13 sungai daripada terletak di Johor.
![Pencemaran Sungai Selangor: Ganjaran RM20,000 kepada pemberi maklumat - Exco Pencemaran Sungai Selangor: Ganjaran RM20,000 kepada pemberi maklumat - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600140991_SungaiSelangor.jpg)
Pencemaran Sungai Selangor: Ganjaran RM20,000 kepada pemberi maklumat - Exco
Kerajaan negeri juga akan menggunakan dron teknologi tinggi dengan peruntukan RM2 juta bagi mengenal pasti isu pencemaran.
![SAM gesa 'pemutihan' kilang di kawasan sungai, elak pencemaran air berulang SAM gesa 'pemutihan' kilang di kawasan sungai, elak pencemaran air berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71595467766_SungaiSelangkahPa.jpg)
SAM gesa 'pemutihan' kilang di kawasan sungai, elak pencemaran air berulang
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa negeri berkaitan pencemaran bertindak tegas dengan melakukan 'pemutihan' kilang-kilang dan binaan berhampiran sungai.
![Ribuan ikan mati di sungai Masjid Tanah, penduduk rimas bau busuk Ribuan ikan mati di sungai Masjid Tanah, penduduk rimas bau busuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582040233_ikan.jpg)
Ribuan ikan mati di sungai Masjid Tanah, penduduk rimas bau busuk
Bau yang kurang menyenangkan itu dapat dihidu sehingga jarak 50 meter dari kawasan tebing sungai.
![Penduduk kampung desak tangani pencemaran Sungai Bernam Penduduk kampung desak tangani pencemaran Sungai Bernam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579686288_Sungaibernam.jpg)
Penduduk kampung desak tangani pencemaran Sungai Bernam
Penduduk mendakwa, masalah pencemaran bermula sejak Ogos tahun lalu apabila pemaju membina tangki septik dan menyalurkan air ke hulu sungai.