KUALA LUMPUR: Seramai 264 atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, bakal menerima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini sebagai persiapan ke temasya berkenaan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan suntikan vaksin berkenaan akan dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut dijadualkan menerima suntikan vaksin bersama-sama atlet berkenaan.
"Aspek persiapan ke Tokyo merangkumi pemberian vaksin kepada atlet dan pegawai yang terlibat serta program yang diatur khas bagi menyemarakkan lagi semangat menghadapi temasya ulung yang diterajui oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Reezal Merican juga dijangka melancarkan 'countdown' Detik 100 Hari ke Tokyo 2020, Rabu ini di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil bagi membangkitkan semangat atlet dan mendapat sokongan masyarakat menerusi Program Jelajah Road to Tokyo 2020 yang digerakkan ke seluruh negara.
Program jelajah secara kayuhan basikal yang akan bermula dan berakhir di Bukit Jalil sempena majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Tokyo 2020 pada Julai itu, akan diwakili oleh lima individu dari setiap negeri dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sukan dan rekreasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Reezal Merican akan melancarkan laman web rasmi 'Road to Tokyo 2020' sebagai platform hebahan maklumat berkaitan kontinjen negara serta memperkenalkan identiti kontinjen negara meliputi slogan, lagu dan sorakan sukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021

Seramai 264 atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, bakal menerima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini sebagai persiapan ke temasya berkenaan. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.

PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.

PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam
Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican akan memastikan kawasan itu mempunyai daya huni yang tinggi melibatkan kesemua peringkat golongan.

PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican
Belum sampai masa untuk perkembangan rundingan diumumkan kerana belum dimuktamadkan dua pihak.

Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022).

PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas
Reezal Merican gagal pertahan kerusi Kepala Batas

PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.

Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara
Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan baharu di Kepala Batas dan wilayah utara.

Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan
Jadual penugasan dirombak dengan memanjangkan waktu bertugas anggota daripada 12 jam ke 24 jam.

PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.