IPOH: Sebanyak 28 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dicadang bakal dibangunkan di Bandar Raya Ipoh, dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer (km).
Menurut Draf Rancangan Tempatan Bandar Raya Ipoh 2035 (Penggantian) yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di dalam laman webnya hari ini, cadangan projek mewujudkan perkhidmatan LRT itu melibatkan dua laluan dengan masing-masing 16 stesen.
Laluan Meru Raya-Ipoh-Batu Gajah meliputi jarak laluan sejauh 30km, manakala laluan Bandar Sunway-Ipoh-Simpang Pulai pula sejauh 28km dan kekerapan perkhidmatan adalah selama enam minit.
Stesen laluan pertama yang dirangka ialah di Meru Raya, Jelapang, Manjoi, Silibin, Medan Kidd, stesen utama, UTC Ipoh, Pasir Puteh, Pasir Pinji, Falim, Menglembu, Pengkalan, Station 18, Lahat, Batu Gajah Perdana dan Batu Gajah.
Sementara stesen laluan kedua pula ialah di Bandar Sunway, Tambun, Ipoh Garden, Stadium, Hospital, Medan Raya kemudian melalui stesen utama dan ke stesen Maju Rapat, Medan Gopeng, Gunung Rapat, Taman Chempaka, Ampang dan Simpang Pulai.
Menurut infografik dikeluarkan MBI, perkhidmatan LRT itu akan menghubungkan antara bandar-bandar utama di dalam kawasan Bandar Raya Ipoh dan dijangka menjadi pilihan utama terutamanya penduduk tempatan untuk bergerak termasuk ke tempat kerja.
Laluan perkhidmatan LRT yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan barat dan timur Ipoh, secara tidak langsung mampu menyumbang kepada pertumbuhan semula ekonomi selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar raya.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dilaporkan berkata sebagai permulaan, hab pengangkutan itu akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 60 hektar, di sekitar Stesen Keretapi Ipoh di sini.
Nolee Ashilin berkata selain LRT, hab pengangkutan bersepadu itu akan disokong dengan kemudahan bas rapid transit, trem, bas serta teksi, bagi meningkatkan mobiliti penduduk dan pelancong namun kos dan tempoh pembinaan hab pengangkutan itu masih dalam peringkat kajian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Sebanyak 28 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dicadang bakal dibangunkan di Bandar Raya Ipoh, dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer (km). - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal
Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal.

Rapid KL tambah 200 lagi kakitangan sokongan bantu kelancaran pergerakan penumpang
Antara stesen LRT terlibat ialah Masjid Jamek, Hang Tuah, Bandaraya, dan Plaza Rakyat.

97.3 peratus eskalator, 93 peratus lif di stesen LRT berfungsi dengan baik - Wee Ka Siong
Isu kerosakan eskalator dan lif di stesen LRT di Lembah Klang dijangka dapat diselesaikan menjelang September depan.

28 stesen LRT dicadang dibina di Ipoh melibatkan dua laluan
Sebanyak 28 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dicadang bakal dibangunkan di Bandar Raya Ipoh, dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer (km).

LRT bertembung: Dua tren berjaya dibawa keluar lebih awal
Pasukan 'Team Recovery Rapid Rail' menjalankan kerja tanpa henti sebanyak tiga shif selepas kejadian.

Perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal tersenarai dalam sistem HIDE terus beroperasi
MOT berkata sebarang penutupan atau pembukaan premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada arahan MKN dari semasa ke semasa.

Lima bazar Ramadan Rapid KL ditutup bermula Sabtu
Penutupan itu melibatkan bazar di Stesen LRT Kelana Jaya, LRT Glenmarie, LRT Pandan Indah, LRT Cempaka dan LRT Putra Heights.

Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.