KUALA LUMPUR: Seramai 30 orang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) swasta yang bernaung di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC) mengadakan lawatan enam hari ke Chengdu, China, bermula 13 hingga 19 Mei ini.
Lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), dengan kerjasama TANG International Education Group (China) bagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan menubuhkan Malaysia-China Institute (MCI).
Setiausaha Agung Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan dalam kenyataan berkata, menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lima buah institusi TVET China.
Ia melibatkan Chengdu Industrial Vocational Technical College, Sichuan Vocational and Technical College of Communications, Chengdu Agricultural College, Sichuan Polytechnic University, Sichuan College of Architectural Technology.
"Bidang yang diterokai dalam jalinan kerjasama ini antaranya ialah telekomunikasi, pertanian moden, pembinaan, kecerdasan buatan (AI), internet of things (IOT), teknologi keretapi, solar, robotik dan mekanikal.
"Hasil lawatan ini dijangka menawarkan pandangan yang berharga untuk penggubal dasar, pendidik dan pihak berkepentingan industri yang ingin meningkatkan pembangunan tenaga kerja dan sistem pendidikan.
"Dengan mencontohi amalan terbaik China, kita boleh mengukuhkan program TVET di Malaysia dan menyediakan individu dengan lebih baik untuk tuntutan tempat kerja moden," katanya dalam kenyataan tersebut pada Isnin.
Majlis pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat MCI, yang juga Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam kenyataan sama, Manndzri berkata lawatan berkenaan penting dalam menggalakkan penglibatan institusi TVET swasta Malaysia dalam mengkaji bidang TVET di China, menerokai amalan inovatif, kejayaan serta cabaran yang dihadapi.
"Selain perkongsian industri dan kemudahan moden, China juga telah melaksanakan dasar untuk menggalakkan integrasi pendidikan akademik dan vokasional.
"Pendekatan bersepadu ini memastikan pelajar menerima pendidikan menyeluruh yang menggabungkan pengetahuan teori dengan kemahiran praktikal," ujar beliau.
Astro Awani
Mon May 13 2024

30 orang Ketua Pegawai Eksekutif berlepas ke Chengdu, China, untuk lawatan selama enam hari bermula 13 hingga 19 Mei ini - Foto Belia Mahir
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.