JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 penduduk di Kampung Sri Muar dan Kampung Agas di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dekat Kulai masih terputus bekalan air dan hanya bergantung kepada perkhidmatan lori tangki.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri.
Mohd Jafni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata isu bekalan air yang kerap terputus di kawasan terlibat telah berlaku sejak belasan tahun dan lebih kritikal ketika musim perayaan.
"Untuk sambutan Syawal tahun ini, lebih 1,000 penduduk meraikan Aidilfitri dalam keadaan sukar kerana tiada bekalan air.
"Ada kawasan yang terputus bekalan air pada malam raya dan ada juga kawasan telah tiga hari tidak ada air seperti di Kampung Sri Muar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau sehubungan itu menggesa agar Ranhill SAJ segera menyelesaikan isu bekalan air yang kerap terputus di kawasan terlibat.
"Saya amat berharap masalah ini boleh diselesaikan segera. Saya telah berusaha menggunakan segala cara dan kaedah untuk membantu memudahkan segala urusan pihak Ranhill SAJ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024

Sebahagian penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya masih mengalami gangguan bekalan air. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RMK-12: Perlu seimbang isu pembangunan, dana di Sabah dan Sarawak - Penganalisis
Kerajaan perlu memberi fokus isu pembangunan di luar bandar serta keseimbangan dana di Sabah dan Sarawak dalam Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Keadaan di CAC Stadium Melawati Shah Alam terkawal
Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam pada Khamis lebih terkawal berbanding beberapa hari lalu.

Belanjawan 2021: MY30 jimatkan separuh kos pengguna harian pengangkutan awam
Inisiatif pas perjalanan tanpa had MY30 yang diperluaskan dalam Belanjawan 2021 dilihat amat memberi kesan positif kepada pengguna.

19 daripada 400 penduduk yang hilang di PKPD Medan 88 telah serah diri - Polis
19 individu telah menyerah diri selepas didapati tidak pulang ke kediaman mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi pada Khamis.

Purata iklan haram turun 50 peratus semasa PKP di Wangsa Maju - DBKL
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan purata iklan haram yang ditampal dan digantung menurun kepada 50 peratus sehari di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Pesalah tidak pakai pelitup muka, dihukum gali kubur jenazah mangsa COVID-19
Jika kebanyakan negara mengenakan kompaun dan denda terhadap rakyat yang tidak memakai pelitup muka bagi memutuskan rantaian COVID-19.

PKPD Simpang Renggam ditamatkan Selasa - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan Selasa.

Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit - JKKP
Lif perlu diselenggara syarikat penyelengara yang kompeten sebelum diaudit - JKKP