GEORGE TOWN: Bedah siasat ke atas wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh suaminya, sebelum lelaki itu terjun dari tingkat 12 rumah mereka di Paya Terubong, di sini semalam mendapati terdapat sebanyak 34 kesan tikaman di badan mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini mendapati, wanita berusia 46 tahun tersebut mati disebabkan 34 tikaman di beberapa bahagian badannya.
"Berdasarkan laporan bedah siasat juga mendapati, wanita itu dipercayai meninggal dunia iaitu kira-kira tiga jam sebelum pihak polis menemui mayatnya berlumuran darah di atas katil, dalam sebuah bilik di rumah pasangan berkenaan.
"Terdahulu ibu wanita itu membuat laporan polis pada 12.30 tengah hari selepas rumah anak dan menantunya gagal dibuka dan pintu berkunci dari dalam, dia yang bimbang keselamatan mereka bertindak membuat laporan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, berdasarkan siasatan, polis tidak menolak kemungkinan suami wanita bertindak menikam mangsa berikutan cemburu dan pasangan tersebut dipercayai sering bergaduh sejak tiga bulan lepas.
Saravanan berkata, semasa kejadian, anak lelaki mangsa yang berusia 18 tahun tiada di rumah, kerana tidur di rumah neneknya yang tinggal di kawasan Air Itam, iaitu tidak jauh dari rumah pasangan tersebut.
Difahamkan lelaki tersebut mengunci pintu hadapan rumahnya dari dalam sebelum terjun dari ruang bahagian dapur dan ketika itu isterinya dipercayai masih bernyawa.
Semalam media melaporkan seorang wanita ditemukan mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman, dipercayai ditikam suaminya sebelum lelaki itu terjun dari tingkat 12 sebuah flat di Paya Terubong.
Polis pada mulanya menerima laporan berhubung mayat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemukan di kawasan flat itu pada 7.38 pagi semalam, dan siasatan mendapati mangsa terjun dari tingkat 12 flat tersebut. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022

Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman disyaki ditikam suaminya yang dijumpai sudah tidak bernyawa di kawasan flat kediaman mereka di Paya Trubong pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

34 kesan tikaman di badan isteri dibunuh suami
Laporan bedah siasat juga mendapati, wanita itu dipercayai meninggal dunia iaitu kira-kira tiga jam sebelum pihak polis menemui mayatnya.