IPOH: Seramai 351 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini.
Upacara Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 65/22 di Padang Kawat ATU yang dirasmikan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan meraikan pelatih terdiri daripada 292 lelaki dan 59 wanita.
Pada upacara perbarisan itu, Mohammad Iqbal Sardon dipilih sebagai penerima Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara, manakala Wan Nor Zulaika Sofea Wan Zulkifli pula dipilih sebagai Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik.
Terdahulu, Mohd Asghar Khan dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua pelatih termasuk jurulatih dan ibu bapa pelatih sehingga berjaya menamatkan latihan.
"Saya berbangga semua pelatih berjaya menamatkan latihan kerana mereka memiliki azam dan iltizam kuat serta matlamat jelas untuk mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara dengan penuh komited dan berdedikasi.
"Selama 65 tahun pelaksanaan latihan asas dijalankan, banyak perubahan dilakukan dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi latihan, malah kita ucapkan penghargaan kepada tenaga pekerja dalam melahirkan anggota tentera yang cemerlang," katanya.
Beliau berkata kumpulan pelatih Siri 65/22 telah mengangkat sumpah pada 4 Julai tahun lepas seterusnya menjalani latihan asas ketenteraan selama 24 minggu.
"Mereka melalui tiga fasa latihan iaitu fasa pertama melibatkan latihan asas ketenteraan, fasa kedua pelajaran serta akademik dan fasa ketiga melibatkan latihan, ujian praktikal serta pembentukan sahsiah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023
![351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan 351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674299147_TenteraUdaraDiraja.jpg)
Seramai 351 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) hari ini. - Foto Facebook TUDM
Hari Pers Indonesia: Prabowo seru media ada nilai integriti
Beliau menggesa pengamal media untuk mengutamakan kepentingan negara, kerajaan dan rakyat, serta berwaspada terhadap sebarang usaha untuk memanipulasi pandangan awam melalui pengaruh kewangan.
![KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.
![Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739160780_MesinMenaipDengan.jpg)
Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men
Ia dibangunkan untuk pesakit ALS berhubung tanpa perlu menggunakan papan kekunci fizikal.
Delegasi Israel tiba di Qatar bagi rundingan gencatan senjata Gaza fasa kedua
Rundingan tidak langsung antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengenai fasa seterusnya gencatan senjata dijadual bermula minggu ini susulan lawatan Netanyahu ke Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.
![KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719417313_pistol.jpg)
KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.
Trump komited 'beli', miliki Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, komited untuk 'membeli' dan memiliki Gaza, namun tidak menolak kemungkinan membenarkan beberapa bahagian wilayah itu dibangunkan semula oleh negara lain di Asia Barat.
Malaysia rakan strategik utama Turkiye - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya, sekali gus menegaskan komitmen Turkiye dalam mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin.
Menerusi hantaran di X dalam Bahasa Turki, beliau menggariskan harapan terhadap lawatan berkenaan serta kepentingan jelajah ke Malaysia termasuk Indonesia dan Pakistan.
Menerusi hantaran di X dalam Bahasa Turki, beliau menggariskan harapan terhadap lawatan berkenaan serta kepentingan jelajah ke Malaysia termasuk Indonesia dan Pakistan.
![Mayat 28 migran ditemukan dalam kubur besar di selatan Libya Mayat 28 migran ditemukan dalam kubur besar di selatan Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739160560_tbmassgrave.jpg)
Mayat 28 migran ditemukan dalam kubur besar di selatan Libya
Kubur besar itu ditemukan di utara bandar Kufra, lokasi di mana puluhan migran pernah ditahan.
![KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan
Modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh PDRM akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.
Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi
Penggiat seni disaran memperkenalkan pendekatan lebih segar dan interaktif, termasuk digitalisasi karya, bagi menjadikan sastera lebih dekat dengan generasi muda.
![351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan 351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674299147_TenteraUdaraDiraja.jpg)
351 Perajurit Muda TUDM tamat latihan
Seramai 351 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) hari ini.