KOTA BHARU: Seramai 382 kakitangan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil inisiatif membuat pemotongan gaji bagi mengumpul dana untuk membantu seluruh golongan yang memerlukan di negeri berkenaan.
Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal itu bermula pada Januari lepas dan setakat ini, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi RM100,000.
"Konsep pemotongan gaji secara sukarela ini akan berakhir sehingga kakitangan MAIK yang antaranya terdiri daripada pegawai dan imam masjid di bandar negeri ini, sampai tempoh bersara.
"Gaji yang dipotong ini bukan untuk kakitangan tetapi bagi membantu seluruh masyarakat yang memerlukan seperti asnaf termasuk orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Prihatin MAIK dengan kerjasama Yayasan Amal Datuk Zul Wisma, di sini hari ini.
Menjelas lanjut, beliau berkata inisiatif pemotongan gaji itu bukan sahaja usaha untuk membantu golongan terkesan susulan pandemik COVID-19, tetapi ia juga merangkumi semua aspek bantuan serta kebajikan.
Ditanya mengenai jumlah peratusan gaji yang dipotong, Zulkifle berkata jumlah tersebut tidak penting sebaliknya kerelaan serta kesungguhan kakitangan MAIK yang sedia membantu masyarakat seharusnya dipuji.
Sementara itu, mengenai Program Bantuan Prihatin MAIK, Zulkifle berkata seramai 300 individu yang terkesan oleh pandemik COVID-19 menerima sumbangan bakul makanan seperti beras, gula dan minyak masak, berserta wang tunai.
"Insya-Allah, MAIK akan meneruskan kerjasama dengan Yayasan Amal Datuk Zul Wisma dan MAIK juga akan berkolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain kerana kami yakin dan percaya kemampuan atau rangkaian yang mereka peroleh, untuk membantu kami mengenal pasti golongan terkesan pandemik COVID-19," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021

Zulkifle (kanan) melihat barangan makanan yang akan diberikan pada majlis penyampaian program bantuan prihatin MAIK di Muzium Islam negeri Kelantan, Kota Bharu, hari ini. --fotoBERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

382 kakitangan MAIK potong gaji, bantu golongan memerlukan
Pemotongan gaji bermula pada Januari lepas dan setakat ini, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi RM100,000.