SIMPANG PULAI: Empat orang pendaki yang sesat ketika menjalankan aktiviti mendaki Gunung Chabang berhampiran Pos Slim, di sini, berjaya ditemukan selamat oleh pasukan penyelamat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada jam 6.23 petang.
Katanya, seorang lelaki membuat panggilan kecemasan bahawa dia sesat di hutan bersama-sama tiga lagi rakannya semasa mendaki gunung tersebut.
Tambahnya, siasatan mendapati pada asalnya seramai 19 orang peserta bersama-sama dua orang malim gunung mendaki gunung itu, namun hanya 17 daripadanya yang selamat turun pada jam 6.30 petang.
"Manakala empat orang pendaki yang lain didapati sesat di dalam hutan.
"Setelah terima maklumat tersebut, Polis Daerah Ipoh turut melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
"Bagaimanapun, kesemua empat orang pendaki dalam lingkungan umur 30-an yang sesat telah pun ditemukan oleh pasukan penyelamat dan selamat turun ke kaki Gunung Chabang pada jam 10 malam," katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya semasa menjalani aktiviti-aktiviti berisiko tinggi seperti mendaki gunung.
Di samping melaporkan pergerakan pergi dan balik di balai polis yang berdekatan.
Sementara itu, jurucakap JBPM Perak dalam kenyataan berkata anggota bomba dan polis berjaya membawa turun pendaki terbabit ke kaki bukit dengan menaiki kenderaan khas.
Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Aida Aziz
Sat Aug 13 2022

Anggota bomba dan polis berjaya membawa turun pendaki terbabit ke kaki bukit dengan menaiki kenderaan khas. Semua mereka tidak mengalami kecederaan. - Foto JBPM Perak
Jangan taruh harapan tinggi rundingan damai fasa kedua akan berlaku - Penganalisis
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata harapan untuk rundingan damai fasa kedua dicapai perlu direndahkan dengan menilai sikap Amerika Syarikat yang menganggap keamanan di Gaza hanyalah bersifat transaksi bukan kemanusiaan. Namun, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata masih ada sedikit harapan ia akan dicapai susulan tekanan daripada rakyat Israel sendiri yang mahu melihat rundingan damai itu dilangsungkan. #AgendaAWANI
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Peguam dan pengasas Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat. Jelasnya, ini bagi memastikan pemberi maklumat lebih selesa dan yakin bagi mendedahkan sebarang salah laku. #AgendaAWANI
Jentera pulihkan Gaza disekat, jentera memusnahkan pula dibenarkan masuk ke Israel - Penganalisis
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata jentera yang diperlukan untuk membersihkan Gaza dan memulihkan bekalan air ketika ini disekat daripada masuk ke wilayah dimusnahkan zionis itu. Sedangkan, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata senjata dan jentara pemusnah pula dibenarkan masuk ke Israel. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [19/2/2025] – Cadang suspek didakwa | Flat usang, sarang PATI | Sekolah 17 tingkat selesai masalah? | Potensi jatuh ke bumi makin tinggi
- Polis cadang enam suspek kes pukul lelaki OKU didakwa
- Imigresen gempur flat di Chow Kit, PATI sewa rumah RM2,200
- Cadangan sekolah 17 tingkat perlu diteliti, keselamatan pelajar keutamaan
- Asteroid berpotensi ratakan sebuah kota di Bumi tahun 2032
- Imigresen gempur flat di Chow Kit, PATI sewa rumah RM2,200
- Cadangan sekolah 17 tingkat perlu diteliti, keselamatan pelajar keutamaan
- Asteroid berpotensi ratakan sebuah kota di Bumi tahun 2032

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz
Pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Penggiat industri pelancongan Pahang terima manfaat insurans kelompok
Penerima terdiri pengusaha inap desa, malim gunung, pemandu pelancong alam semula jadi dan pemandu bot di Cherating yang aktif.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Remaja lelaki hilang di Kampung Temalir, Kuala Krai ditemukan
Seorang remaja lelaki yang hilang selepas melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, Selasa lepas, ditemukan dalam keadaan lemah.

4 pendaki sesat di Gunung Chabang ditemukan selamat
Seorang lelaki membuat panggilan kecemasan memaklumkan dia dan tiga rakan sesat di hutan semasa mendaki gunung.