JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata 37 lelaki dan tiga wanita itu ditahan dalam operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.
"Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang dua tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 532 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang menyaksikan 1,204 individu dan 1,056 kenderaan diperiksa, dan turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
M Kumar berkata dua wanita warga Thailand turut ditahan bersama lelaki itu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, dan ketiga-tiga mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024

M Kumar berkata 532 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang menyaksikan 1,204 individu dan 1,056 kenderaan diperiksa. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan
Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu.

40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.

Tiga ditahan memandu di bawah pengaruh dadah
AADK telah membuat saringan ke atas 13 pengguna jalan raya dan didapati tiga daripada mereka positif dadah.

11 ditahan, 230 saman dikeluarkan dalam Op Mabuk, Samseng Jalanan
Mereka ditahan berusia 27 hingga 53 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.

Wanita warga China disyaki mabuk langgar empat kenderaan direman
Polis menahan seorang wanita warga China yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar empat buah kenderaan di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Muda, Ampang, malam tadi.

Pemandu mabuk, kekasih rempuh sekatan jalan raya ditahan
Apabila dihampiri, suspek tersebut terus memecut kenderaannya merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan hampir melanggar dua anggota polis bertugas untuk melarikan diri.

Lelaki ditangkap menunggang motosikal dalam keadaan mabuk
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Warga emas memandu mabuk ditahan di bandar peranginan terkenal
Polis menahan seorang warga emas selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Port Dickson semalam.

Pemandu mabuk: 67 kemalangan, tiga kematian di Selangor tahun ini
Angka itu didapati sudah melebihi kes keseluruhan pada tahun 2018, iaitu 60 kemalangan dan tiga kematian.