MELAKA: Sebanyak 40 lokasi di sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka dijangka siap menerima liputan 5G menjelang hujung September ini daripada 133 lokasi yang disasarkan bagi fasa pertama pelaksanaan rangkaian berkenaan di negeri ini.
Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata pelaksanaan rangkaian 5G oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) melalui Digital Nasional Berhad (DNB) itu juga akan diperluaskan melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
"Melaka dikenal pasti antara negeri pertama mendapat liputan rangkaian 5G ini dan lokasi awal yang menerima perkhidmatan itu membabitkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, perindustrian dan tumpuan pelancongan selain institusi pengajian tinggi.
"Justeru, pelbagai aplikasi pintar seperti Pemantauan Kecerdasan Buatan ( AI Surveillance), sensor Internet Benda (IOT sensor) untuk tujuan peningkatan keselamatan, pengangkutan dan sebagainya akan diintegrasikan menerusi infrastruktur tiang lampu pintar yang menempatkan rangkaian 5G itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau hadir pada majlis pelancaran Smart Melaka Blueprint 2035 (SMB2035), pelancaran Asia's First Metaverse Immersive Experince Mall dan prapelancaran Smart Melaka International Conference 2022 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Rais berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri juga telah mewujudkan pasukan petugas pelaksanaan 5G yang dikendalikan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka untuk mempercepatkan proses kelulusan pembinaan struktur telekomunikasi di negeri ini.
Dalam pada itu, beliau berkata bagi pemerkasaan infrastruktur kemudahan Internet secara percuma, kerajaan negeri menyasarkan 100 lokasi baharu termasuk penambahan pusat akses (AP) Internet jalur lebar (WiFi) di kawasan WiFi percuma sedia ada.
"Selain itu kerajaan negeri turut menyasarkan tambahan sebanyak sembilan lagi Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) diwujudkan di Melaka supaya masyarakat di luar bandar dan pinggir bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan melalui aktiviti ekonomi digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
![40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini 40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637756323_GENERIC.jpg)
Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan. - Gambar fail
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
![Liputan 5G di Pulau Pinang capai 91.7 peratus - Exco Liputan 5G di Pulau Pinang capai 91.7 peratus - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696916841_komtar.jpg)
Liputan 5G di Pulau Pinang capai 91.7 peratus - Exco
Sehingga kini, terdapat 445 tapak struktur pemancar komunikasi telah tersedia liputan 5G di Pulau Pinang.
![2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus 2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693300197_FahmiFadzil.jpg)
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
![Hospital antara kawasan diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesalinghubungan - Fahmi Hospital antara kawasan diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesalinghubungan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729925341_SultanIbrahim.jpg)
Hospital antara kawasan diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesalinghubungan - Fahmi
Hospital akan menjadi satu daripada tujuh kawasan yang diberikan keutamaan oleh MCMC dalam usaha menyelesaikan masalah kesalinghubungan.
![Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917992_TBTeoNieChing.jpg)
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.
![337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang 337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715351548_MenaraTelekomunikas.jpg)
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
![Perak fokus bangun liputan 5G di tiga kawasan industri Perak fokus bangun liputan 5G di tiga kawasan industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697199198_GENERIC.jpg)
Perak fokus bangun liputan 5G di tiga kawasan industri
Kawasan terbabit melibatkan Proton City di Tanjung Malim, projek kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian dan Silver Valley di Gopeng.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685187051_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.
![Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699354746_FahmiFadzil.jpg)
Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
![Liputan 5G di Sabah capai hampir 50 peratus - Fahmi Liputan 5G di Sabah capai hampir 50 peratus - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698561074_FahmiFadzil.jpg)
Liputan 5G di Sabah capai hampir 50 peratus - Fahmi
Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai hampir 50 peratus setakat 30 Sept lepas.
![Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 - Ahmad Zahid Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697261232_TBzahidhamidi.jpg)
Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 - Ahmad Zahid
Kerajaan sasar untuk memastikan 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini, mendapat liputan 5G pada pertengahan tahun depan.