SHAH ALAM: Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang tadi.
Pemangku Ketua Kampung Batu 3 Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar berkata hujan lebat, yang bermula pada 5.30 petang, turut disertai pusaran angin kecil yang mengakibatkan berpuluh-puluh bumbung rumah penduduk diterbangkan angin.
"Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak kami bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna MBSJ Batu Tiga untuk kemudahan penduduk yang terkesan akibat ribut petang tadi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata PPS itu, yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir dari kampung sama, baru sahaja ditutup pada awal bulan ini.
Tinjauan Bernama malam ini mendapati kawasan sekitar kampung itu masih bergelap kerana terputus bekalan elektrik sejak petang tadi selepas beberapa tiang elektrik tumbang akibat kejadian ribut berkenaan.
Seorang suri rumah, Norhaslinda Nayan, 43, berkata kejadian ribut seperti itu adalah yang pertama dialaminya sejak lebih 20 tahun menetap di situ.
"Ribut yang melanda tidak begitu lama namun cukup menggerunkan seperti ada puting beliung di atas bumbung dan bunyi hujan di luar seolah-seolah hujan batu kerana terlalu kuat," katanya.
Beliau berkata kediamannya yang baru sahaja dicuci susulan banjir pada akhir tahun lepas sekali lagi terpaksa dibersihkan kerana ribut turut merosakkan bahagian bumbung sehingga menyebabkan seluruh bahagian dalam rumah basah.
"Ketika banjir baru-baru ini, air naik sehingga paras siling rumah, saya baru sahaja balik dari PPS awal bulan ini namun tidak sampai beberapa hari, sekali lagi kami diduga dengan ribut seperti ini," katanya.
Norhaslinda berkata beliau tidak berpindah ke PPS malam ini kerana suaminya telah memasang kepingan aluminium di bahagian bumbung rumah mereka yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang tadi. - Foto media sosial/FB Bro Ely Azli

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

40 rumah di Kampung Kebun Bunga rosak akibat ribut, hujan batu
Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang tadi.