Empat puluh tahun dahulu, pada 14 Jan 1976 Malaysia kehilangan seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan ekonomi negara dan perpaduan rakyat.
Beliau adalah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari 1970 hingga 1976.
Diberikan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia, beliau adalah tokoh yang telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang telah melakar sejarah dalam menentukan hala tuju ekonomi negara dan memberi kesan yang amat mendalam kepada rakyat sehingga ke hari ini.
Sumbangan Allahyarham dapat dilihat semenjak zaman sebelum merdeka apabila beliau adalah antara individu penting yang terlibat bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memperjuangkan kemerdekaan negara daripada British.
Pada 1955, Allahyarham telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran di bawah Kabinet pertama negara dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia.
Sebagai Menteri Pelajaran pertama, Allahyarham telah memainkan peranan penting dalam membentuk asas awal sistem pendidikan negara yang dilihat amat perlu bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang diguna pakai pada waktu itu.
Atas usahanya, maka lahirlah Penyata Razak pada 1956 yang dibentuk bagi menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar.
Penyata Razak kemudiannya dimaktubkan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.
Ketika tercetusnya tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Allahyarham yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan adalah individu penting melaksanakan usaha mengekang insiden berkenaan daripada terus berlarutan.
Selepas kerajaan mengisytiharkan darurat berikutan insiden itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan dengan Allahyarham menjadi pengerusi majlis itu.
Majlis itu berjaya memulihkan semula ketenteraman awam dan seterusnya membentuk Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia bagi merapatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Allahyarham mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 1970 dan beliau tidak menunggu lama memperkenalkan DEB yang menekankan strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan.
Bagaimanapun, Allahyarham tidak dapat merencanakan lebih banyak pembangunan negara apabila menghembuskan nafas terakhir pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.
Walaupun menjawat jawatan Perdana Menteri dalam tempoh yang agak singkat, sumbangannya kepada negara sememangnya tidak dapat diukur dan akan dikenang sampai bila-bila.
Gelaran 'Bapa Pembangunan' yang diberikan kepadanya adalah di atas sumbangannya dalam meletakkan batu asas kepada sistem pembangunan negara terutama ekonomi di luar bandar, sehingga berjaya menjadikan negara ini seperti pada hari ini.
Allahyarham telah mewariskan asas teguh bagi menjamin masa depan negara ini menerusi pelbagai usaha dan dasar termasuk menekankan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi secara lebih pesat.
Kewujudan agensi-agensi seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Nasional (Pernas), Bank Bumiputera, Tabung Haji, Petronas dan Bank Pertanian adalah bertitik tolak daripada usahanya bersama pemimpin terdahulu sepanjang mengabdikan diri untuk tanah air.
Disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh, bijak dan berperwatakkan gagah, Allahyarham pergi dengan meninggalkan benih pengganti untuk meneruskan perjuangannya membela agama, bangsa dan negara.
Darah yang mengalir dalam tubuh Allahyarham diwarisi anaknya Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menyambung perjuangan ayahandanya.
Bernama
Wed Jan 13 2016

Allahyarham Abdul Razak berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari 1970 hingga 1976.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.

Fakta masih relevan, Tun Mahathir kekal 'Bapa Pemodenan' - Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Air mata Najib gugur cerita mengenai bapa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucaptama di seminar memperingati bapanya.

Walaupun hidap leukemia, Tun Razak abadikan hidupnya untuk bangunkan negara
Walaupun didiagnosis menghidap penyakit leukemia pada 1969, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein telah mengabadikan hidupnya dengan bekerja sekeras untuk negara.

Tun Razak, pemimpin berjiwa rakyat
Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, suka menanam sayur-sayuran, malah turut menternak ayam, sebagai cara untuk beliau bersantai.

40 tahun perginya 'Bapa Pembangunan Malaysia'
Pada 14 Jan 1976, Malaysia kehilangan seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan ekonomi negara dan perpaduan rakyat.