SUNGAI BESAR: Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindak Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).
"Untuk (elaun) ini, (UTK) merupakan satu unit elit iaitu mereka bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik.
"Jadi JPA telah membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini untuk diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Februari tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini.
Terdahulu, Saifuddin menerusi Facebook rasminya memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemberian elaun itu kepada anggota dan pegawai UTK semalam.
Beliau juga berkata cuti kira-kira 90 peratus daripada 130,000 anggota dan pegawai PDRM di seluruh negara akan dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan pada musim perayaan ini.
Bagaimanapun, anggota dan pegawai yang bertugas akan dibenarkan bercuti secara bergilir-gilir dengan mereka yang telah bercuti ketika Aidilfitri.
Saifuddin berkata meskipun ketika musim perayaan, penugasan PDRM dalam semua aspek amat penting dan pihaknya tidak akan berkompromi daripada segi tanggungjawab menjaga keselamatan, mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.
"Semua perkara perlu diambil kira seperti penugasan kawalan trafik yang meningkat pada musim perayaan ini manakala elemen keselamatan lain juga diberi tumpuan kerana pada musim cuti ini, kebanyakan masyarakat balik ke kampung dan meninggalkan kediaman atau premis perniagaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK). - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

409 anggota, pegawai UTK PDRM terima elaun khas bermula Februari - Saifuddin
Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.

'Siasat semula kes bunuh Altantuya!'
Lim Lip Eng membuat laporan di Balai Polis Jinjang bagi menggesa polis menyiasat dalang yang mengarahkan dua bekas Unit Tindak Khas (UTK) membunuh Altantuya.