KUALA TERENGGANU: Seramai 43 individu dikompaun membabitkan RM172,000 pada Jumaat ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul dan bersiar-siar di tempat awam di dataran drawbridge.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, kesemua mereka tidak mematuhi SOP penjarakan fizikal mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Sebanyak 43 individu dikesan gagal mematuhi SOP PKP ketika berada di kawasan pantai antaranya melibatkan kawasan di sepanjang Pantai Seberang Takir berdekatan Jambatan Angkat (Drawbridge) hingga ke Pantai Batu Buruk.
“Mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu semasa bersiar-siar dan mengambil gambar dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Dalam pada itu, katanya, seramai 47 individu dikenakan kompaun sepanjang tempoh dua hari perayaan bermula Jumaat dan Sabtu dengan tiga lagi melibatkan kesalahan tiada surat rentas negeri, rentas daerah serta dua kesalahan melanggar perintah SOP.
Selain itu, katanya, seramai sembilan individu lagi dikenakan kompaun pada Khamis dan Jumaat atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar nama dan merekod suhu serta empat lagi kesalahan tiada surat rentas negeri.
Dalam pada itu, Roslee turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP PKP yang ditetapkan sepanjang musim perayaan bagi mengekang dan mengelak penularan pandemik COVID-19.
“Terdapat beberapa sektor yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dilakukan sepanjang tempoh PKP ini dan saya harap rakyat akan terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan COVID-19.
“Saya dapati ramai yang masih keliru mengenai aktiviti ziarah sepanjang musim perayaan. Saya ingin tegaskan sekali lagi, sebarang aktiviti ziarah melanggar SOP PKP dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 43 dikompaun ‘ambil angin’ di dataran drawbridge
Sinar Harian
Sat May 15 2021
![43 dikompaun ambil angin di dataran drawbridge 43 dikompaun ambil angin di dataran drawbridge](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621122334_datarandrawbridge.jpg)
Antara individu dikompaun kerana dikesan melanggar SOP PKP dengan berkumpul dan bersiar-siar di dataran jambatan angkat (drawbridge) pada Jumaat. -Foto: Ihsan pembaca
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ramadan: Terengganu benarkan berbuka di kawasan lapang termasuk sekitar Jambatan Angkat Ramadan: Terengganu benarkan berbuka di kawasan lapang termasuk sekitar Jambatan Angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620550328_JAMBATANANGKATTERE.jpg)
Ramadan: Terengganu benarkan berbuka di kawasan lapang termasuk sekitar Jambatan Angkat
Ia selari dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).
![Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621291970_PenunggangBasikal.jpg)
Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin
Mercu tanda pelancongan Terengganu itu akan diwarnai cahaya merah, hijau, putih dan hitam bermula jam 7 malam setiap hari selama seminggu.
![43 dikompaun ambil angin di dataran drawbridge 43 dikompaun ambil angin di dataran drawbridge](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621122334_datarandrawbridge.jpg)
43 dikompaun ambil angin di dataran drawbridge
Kesemua mereka tidak mematuhi SOP penjarakan fizikal mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
![Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51564710983_TBBASCULE.jpg)
Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi
Pihak yang mengurus pentadbiran dan penyelenggaraan jambatan tersebut berkata, waktu yang sesuai untuk bahagian tengah jambatan tersebut dibuka sedang dibincangkan bersama Jabatan Laut Malaysia.
![Terengganu ketatkan penguatkuasaan di jambatan angkat Terengganu ketatkan penguatkuasaan di jambatan angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560772693_TBJambatanAngkat.jpg)
Terengganu ketatkan penguatkuasaan di jambatan angkat
Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap orang ramai yang tidak mematuhi aspek keselamatan dan peraturan jalan raya sepanjang laluan ke jambatan angkat atau 'drawbridge'.
![Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560333243_TBJambatanAngkat.jpg)
Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna
Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
![Nama 'Jambatan Angkat' diumum ketika dibuka secara rasmi - MB Nama 'Jambatan Angkat' diumum ketika dibuka secara rasmi - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71559455502_TBJambatanAngkat.jpg)
Nama 'Jambatan Angkat' diumum ketika dibuka secara rasmi - MB
Nama rasmi jambatan angkat atau 'drawbridge' akan diumumkan ketika ia dibuka secara rasmi kelak, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
![Tunggu seawal 6 pagi untuk gunakan jambatan angkat Tunggu seawal 6 pagi untuk gunakan jambatan angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71559455502_TBJambatanAngkat.jpg)
Tunggu seawal 6 pagi untuk gunakan jambatan angkat
Persimpangan memasuki jambatan angkat dari kedua-dua arah melibatkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dipenuhi kenderaan.
!['Drawbridge' Terengganu dibuka pada umum bermula 2 Jun 'Drawbridge' Terengganu dibuka pada umum bermula 2 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61559233724_drawbridge.jpg)
'Drawbridge' Terengganu dibuka pada umum bermula 2 Jun
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan jambatan itu sehingga 17 Jun ini adalah untuk pentauliahan.
![Lalu sahaja, jangan berhenti ambil gambar di Drawbridge - Ahmad Samsuri Lalu sahaja, jangan berhenti ambil gambar di Drawbridge - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558475077_Drawbridge.jpg)
Lalu sahaja, jangan berhenti ambil gambar di Drawbridge - Ahmad Samsuri
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan selama 16 hari itu memberi peluang kepada orang ramai memanfaatkan kemudahan itu pada perayaan Aidilfitri nanti.