JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat sebanyak 12 peratus kepada 49,280 pemilik akaun yang terjejas akibat ketiadaan bekalan air di Pasir Gudang, baru-baru ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat pembekal air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Beliau berkata pemberian rebat itu termasuk pengguna domestik, domestik pukal, institusi keagamaan dan kebajikan.
"Diharap inisiatif ini dapat membantu meringankan sedikit beban pengguna. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada penduduk dan sektor perniagaan yang telah mengalami kesulitan akibat insiden ini.
"Meskipun masalah kebocoran paip yang berlaku adalah di luar jangka, namun kerajaan negeri akan pastikan prosedur yang lebih berkesan untuk menangani isu sebegini, jika ia berlaku lagi, " katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi.
BACA: Paip pecah siap dibaiki, bekalan air pulih sepenuhnya di Pasir Gudang
Onn Hafiz berkata isu ketiadaan air adalah perkara serius yang tidak akan dipandang ringan oleh kerajaan negeri dan beliau akan sentiasa memantau masalah berbangkit untuk diselesaikan, demi keselesaan hidup Bangsa Johor.
Pada 28 Oktober lalu, lebih 50 kawasan di Pasir Gudang mengalami masalah bekalan air akibat paip bocor di Persiaran Seri Alam yang berlaku ketika kerja-kerja teknikal dijalankan.
Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan itu pulih sepenuhnya pada 4 Nov lepas.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Nov 09 2022

Onn Hafiz berkata isu ketiadaan air adalah perkara serius yang tidak akan dipandang ringan oleh kerajaan negeri. - Gambar fail
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.
150,000 pelawat dijangka berkunjung ke jambatan angkat tahun ini
Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke jambatan angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.
Bencana banjir: mangsa di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga, pada Ahad.

Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
Ahmad Sanusi berpesan kepada golongan atau pasangan yang belum berkahwin, janganlah menormalisasikan perkara yang dilarang Allah.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.