KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mendapat persetujuan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama iaitu Celcom, Digi, Maxis, U-Mobile dan Telekom Malaysia (TM) untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian percuma kepada semua pelanggan masing-masing sehingga 31 Julai 2021.
MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, pemberian data percuma 1GB secara harian sejak April tahun lepas itu bertujuan membantu rakyat menghadapi norma baharu digitalisasi ketika dilanda pandemik COVID-19.
Katanya, ia sepatutnya tamat pada 30 April lepas, namun, telah dilanjutkan beberapa kali.
"Lanjutan terbaharu ini dibuat sebagai sokongan tambahan kepada rakyat atas ihsan dan keprihatinan syarikat-syarikat telekomunikasi memandangkan situasi COVID-19 di negara ini masih belum stabil, lebih-lebih lagi untuk membantu pelajar sekolah beralih semula kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas Aidilfitri seperti diumumkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini," katanya.
Kuota harian 1GB percuma adalah tambahan kepada pakej langganan data sedia ada dan boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video serta menguruskan bahan-bahan pengajaran menerusi e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu.
Bagaimanapun, MCMC berkata, ia tidak terpakai untuk melayari media sosial, penstriman video, penstriman muzik dan permainan dalam talian.
Sementara itu, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) juga terus menyokong sistem pendidikan dengan melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 September 2021 dan turut merangkumi penuntut institusi pengajian tinggi.
Pakej istimewa itu menyediakan kad SIM percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan percuma dan telefon pintar percuma untuk pelajar daripada keluarga B40.
MCMC berharap lanjutan pemberian 1GB data percuma harian dan sokongan lain yang disediakan akan memberi kelegaan kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.
Menurutnya, kerajaan akan terus menggerakkan inisiatif-inisiatif seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pelan Tindakan MyDIGITAL untuk memastikan agenda pembangunan yang berteraskan digitalisasi dilaksanakan secara inklusif tanpa ada golongan yang terpinggir. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Pemberian data percuma 1GB secara harian sejak April tahun lepas itu bertujuan membantu rakyat menghadapi norma baharu digitalisasi ketika dilanda pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
5 syarikat telekomunikasi setuju lanjutkan pemberian 1GB data harian percuma sehingga 31 Julai
Pemberian data percuma 1GB secara harian sejak April tahun lepas itu bertujuan membantu rakyat menghadapi norma baharu digitalisasi ketika dilanda pandemik COVID-19.