JOHOR BAHRU:Sekumpulan gajah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Sri Lukut dan Kampung Pinggir, Kahang, dekat Kluang, sejak beberapa hari lepas, dipercayai sedang mencari makanan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor Salman Saaban mengakui bahawa sekumpulan kira-kira 50 ekor gajah sering dilihat berada di kawasan kelapa sawit sekitar kawasan berkenaan ketika ini.
Katanya hasil tinjauan dron mendapati pergerakan kumpulan gajah berkenaan agak perlahan kerana bilangan anaknya yang banyak, selain faktor paras air Sungai Kahang yang meningkat berikutan banjir baru-baru ini menyukarkannya untuk menyeberang dan bergerak ke lokasi lain.
Justeru beliau menasihati orang ramai untuk mengelak daripada bergerak ketika waktu malam serta tidak mengambil tindakan sendiri atau cuba melakukan provokasi sekiranya bertembung dengan haiwan itu dan segera melaporkan kepada pihaknya.
"Kumpulan gajah ini tidak sesat, memang kawasan itu adalah antara kawasan ia berkeliaran di Taman Negara Endau Rompin.. cuma kali ini agak lama (berada di kawasan itu)," katanya ketika dihubungi di sini bagi mendapatkan maklum balas mengenai video kemunculan sekumpulan gajah yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Ia tidak bahaya jika tidak diancam kerana gajah hanya datang untuk cari makan. Bergantung kepada bilangan dalam kumpulan gajah, lagi besar maka lagi luas kawasan pergerakan sebab perlu cari makanan banyak..kebiasaannya melibatkan kawasan antara 25 hingga 100 kilometer (km) persegi," katanya.
Salman berkata pihaknya akan terus membuat pemantauan dan kawalan bagi mengurangkan risiko kerosakan tanaman penduduk kampung berdekatan, dan setakat ini pihaknya tidak menerima laporan rasmi berhubung video tular itu.
Menurutny kumpulan gajah kebiasaannya akan berada di satu-satu kawasan dalam tempoh tiga hingga empat hari sebelum bergerak ke lokasi yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Perhilitan menasihati orang ramai untuk mengelak daripada bergerak ketika waktu malam serta tidak mengambil tindakan sendiri. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".

Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.

Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.

Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.

Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.