MELAKA: Kira-kira 50 kapal persiaran mewah dengan 25,000 pelancong luar negara disasarkan untuk singgah di Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata justeru kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) akan bekerjasama dengan ejen dan syarikat kapal persiaran mewah untuk menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik kepada pelancong berkenaan.
"Selain itu, kita juga menyasarkan pelancong yang menaiki kapal persiaran mewah dapat bermalam di Melaka berbanding sekarang ini, mereka hanya singgah dalam beberapa jam untuk melawat produk pelancongan di negeri ini.
"Dalam kempen TMM 2024, banyak program yang dirangka dan banyak tawaran pakej istimewa serta menarik disediakan kepada pelancong yang melawat Melaka," katanya kepada pemberita di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana di sini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Meraikan Pelancong Kapal Persiaran MS Amadea yang belayar dari Singapura dan tiba ICQS kira-kira 8.45 pagi tadi.
Pada majlis itu, sebanyak 390 pelancong kebanyakannya dari Jerman singgah ke Melaka untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di negeri itu khususnya di sekitar Banda Hilir sebelum kapal persiaran dari Bahamas itu meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pada tahun ini, kira-kira 30 hingga 40 kapal persiaran mewah telah memberi respons positif untuk berlabuh di perairan Melaka sekali gus membawa penumpang mereka masuk ke negeri itu.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun Melaka tiada jeti khas untuk kapal persiaran mewah berlabuh, namun ia bukan isu utama menarik kemasukan pelancongan dari kapal berkenaan singgah ke negeri itu.
Katanya ia kerana pelancong kapal persiaran mewah tersebut akan dibawa menaiki bot dari kapal tersebut ke jeti ICQS dan fasiliti yang ada di kompleks itu lengkap dan mampu menampung kemasukan pelancong dalam kumpulan besar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Pada tahun ini, kira-kira 30 hingga 40 kapal persiaran mewah telah memberi respons positif untuk berlabuh di perairan Melaka sekali gus membawa penumpang mereka masuk ke negeri itu. - Gambar hiasan/ Pixabay
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.

Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan
Ia selaras dengan usaha merancakkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.

Usahawan kraf disaran ambil peluang promosi produk tonjol identiti Melaka
Sebanyak 182 usahawan kraf di Melaka disaran supaya mengambil peluang untuk mempromosikan dan memperbanyak produk keluaran beridentitikan negeri.

50 kapal persiaran mewah disasar singgah ke Melaka
Kira-kira 50 kapal persiaran mewah dengan 25,000 pelancong luar negara disasarkan untuk singgah di Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Tambah nilai produk pelancongan di Merlimau persediaan Tahun Melawat Melaka 2024
Usaha itu dapat mempopularkan Merlimau sebagai pekan kecil di daerah Jasin yang menjadi laluan pintu masuk ke Melaka dari arah selatan.

Melaka yakin capai sasaran 20 juta pelancong
Kerajaan negeri akan mempromosikan sektor pelancongan dengan lebih agresif seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.