KUALA LUMPUR: Genap 50 tahun diisytihar sebagai bandar raya pertama di Malaysia sejak 1 Feb 1972, Kuala Lumpur kini sedang menuju ke arah menjadi lebih mampan, lestari, berdaya tahan dan sejahtera seperti diispirasikan lebih 2 juta warganya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata bagi mencapai aspirasi itu selain visi 'Kuala Lumpur Bandar Untuk Semua' yang ditetapkan menjelang 2040, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pentadbir akan memberi tumpuan kepada pengurusan lalu lintas, pencegahan banjir serta pengukuhan sistem urus tadbir.
"Saya mengharapkan dan yakin kalau hala tuju terus menumpukan tiga aspek dan agenda utama ini bagi 50 tahun akan datang, bandar raya ini akan terus berkembang pesat.
"Harapan dan jangkaan orang ramai semakin lama semakin tinggi, justeru DBKL harus berkerja lebih keras meningkatkan kecekapan bagi mewujudkan persekitaran bandar dinamik, bukan sahaja dari segi daya tarikan dan liveability (sesuai untuk didiami) malah lebih penting lagi dari segi penggerak ekonomi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata antara aspek yang sedang diperinci untuk penambahbaikan adalah kesalinghubungan 'first mile' dan 'last mile' termasuk laluan pejalan kaki bagi mencapai sasaran 70 peratus penggunaan sistem pengangkutan awam menjelang 2040.
Katanya, sistem pengurusan trafik di Bilik Operasi Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) juga dipertingkatkan dengan aplikasi teknologi kamera litar tertutup (CCTV) dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan penyelesaian efektif secara automatik bagi membolehkan pihak berkuasa menyalurkan maklumat kepada orang awam secara langsung.
"Ia memberi amaran serta penyelesaian bagi situasi yang dijangka terjadi bagi membolehkan DBKL bersedia selangkah awal sebelum senario berlaku untuk mencegah kesesakan selain memantau perubahan tahap air sungai bagi membuat persediaan sekiranya berlaku banjir.
"Sebagai contoh, situasi banjir di Kuala Lumpur baru-baru ini lebih terkawal berbanding sebelum ini hasil usaha pencegahan dan aplikasi sistem pemantauan yang diguna pakai bagi membolehkan tindakan pantas dalam mencegah banjir kilat," katanya yang turut menyeru pihak pemaju atau persendirian memastikan kawasan tanah terbuka dilitupi selimut cerun bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Mahadi berkata aspek keperluan ekonomi bandar turut ditekankan dalam meningkatkan keupayaan mewujudkan peluang pekerjaan bagi pembentukan bandar raya mampan sekali gus berkembang secara holistik untuk jangka masa panjang.
"Peluang pekerjaan dapat diwujudkan menerusi pembangunan. Usaha juga dilihat dari segi membentuk bandar sebagai bandar raya mesra pelabur bagi menggalakkan lagi peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran.
"Individu yang berpeluang meraih rezeki di ibu kota kemudiannya mampu menyumbang kembali kepada bandar raya dan ekosistem ekonomi bandar melalui pembelian barangan keperluan, baik untuk perniagaan atau persendirian," katanya.
Mahadi berkata seiring dengan kepentingan tadbir urus yang dinamik dan mampan, DBKL juga menekankan perancangan bandar terbaik seperti bandar rendah karbon, berdaya tahan, bebas kesesakan, mesra pejalan kaki serta mempunyai kemudahan mencukupi.
Selain itu katanya pengindahan landskap juga akan dilipatgandakan dalam menghijaukan bandar raya dan meningkatkan aspek penjagaan alam sekitar.
"Selepas hampir 40 tahun pelaksanaan visi penghijauan dengan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya taman, sudah tentu kita mahu perhebatkan lagi dengan sasaran mewujudkan bandar raya dalam taman pula," jelasnya.
Menurutnya, penggunaan sumber tanah dengan lebih kreatif dan inovatif juga diambil kira bagi memastikan pembangunan yang berkualiti, mampan dan mampu menampung pertumbuhan menjelang 2040.
Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) jatuh pada 1 Feb, serentak sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022, bagi memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia pada 1972.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) jatuh pada 1 Feb, serentak sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur tugas paling mencabar - Mahadi
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menyifatkan tugas paling mencabar sepanjang 40 tahun kerjayanya dengan DBKL ialah apabila memikul amanah sebagai Datuk Bandar.

DBKL lancar sistem e-Penilaian dan Hartanah
Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.

KPKT, DBKL akan bincang isu kebersihan penyelenggaraan infrastruktur
Terdapat masalah seperti bumbung siling tandas rosak, paip air tidak berfungsi dengan baik dan sabun pencuci tangan tidak diisi semula.

Rumah majlis hanya untuk disewa - Datuk Bandar KL
Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya dibenarkan untuk sewaan.

DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat
Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

DBKL laksana inisiatif kitar semula dapat ganjaran
Barang kitar semula boleh dibawa ke kios 1C1R yang beroperasi dua kali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pemasangan pagar di Padang Merbok antara kaedah penyelenggaraan - Datuk Bandar
Penggunaan padang tanpa kawalan dan sistem teratur sebelum ini mengakibatkan kawasan hijau itu sering rosak.

DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta.

DBKL teliti rekod penyewa, siasat dakwaan penghuni tinggal di PPR, PA percuma selama 12 tahun
Setakat ini, DBKL belum dapat mengesahkan dakwaan terdapat penghuni yang tinggal secara percuma selama 12 tahun di PPR dan PA.

DBKL ambil tindakan segera masalah Residensi SkyAwani 2 - Datuk Bandar
Datuk Bandar KL Datuk Seri Mahadi Che Ngah beri jaminan DBKL akan cari jalan penyelesaian segera untuk permasalahan Residensi SkyAwani 2.