KUALA LUMPUR: CERDIK, inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 untuk menyediakan akses digital pendidikan melalui akses kepada peranti dan sambungan data, menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar akan menerima peranti mereka pada akhir bulan Mei ini dan baki 100,000 peranti lagi dijangka diagih pada akhir September 2021.
Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri dan lebih 1,000 pelajar telahpun menerima peranti mereka.
"Program ini merupakan kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan yang bertujuan merapatkan jurang pembelajaran digital bagi sekolah rendah serta menengah di Malaysia dan meneroka model pembelajaran digital untuk diguna pakai di masa hadapan," menurut kenyataan CERDIK di sini pada Ahad.
Kesemua peranti telah disahkan yang terkini dengan kapasiti mencukupi untuk penaikan taraf perisian bagi menyokong pembelajaran akademik pelajar di sekolah sekurang-kurangnya tiga tahun dengan pengesahan kualiti, fungsi dan keselamatan yang sewajarnya bagi mencegah atau meminimumkan sebarang isu atau gangguang dalam pembelajaran.
"CERDIK adalah sebuah program perintis pembelajaran digital dan ia dilaksanakan tepat pada masanya ketika pendigitalan kian pantas berkembang dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Malah transformasi digital telah menjadi keperluan dalam era moden ini.
"Seperti yang kita dapat lihat, krisis wabak COVID-19 telah jelas membuktikan bahawa pendigitalan adalah sangat diperlukan.
"Di serata dunia, pembelajaran maya misalnya, sangat penting untuk memastikan persekolahan tidak terjejas dan pendidikan dapat diteruskan," kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau juga meyakinkan ibu bapa bahawa setiap peranti CERDIK dilengkapi dengan sokongan teknikal dan jaminan yang diperlukan untuk mengurangkan gangguan dalam pembelajaran digital.
"COVID-19 telah memesatkan penggunaan digital buat orang ramai dan pembelajaran jarak jauh semakin menjadi satu kebiasaan.
"Program CERDIK diperkenal untuk merapatkan jurang sosioekonomi dengan memudahkan pembelajaran digital untuk golongan berpendapatan rendah.
"Program perintis ini membolehkan pembelajaran digital yang perlu dijadikan komponen asas dalam pendidikan anak-anak kita jika kita ingin meraih manfaat ekonomi melalui Revolusi Industri Keempat," kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Inisiatif itu telah mendapat respons positif daripada penerima dan buat Roslaini Rustam, beliau bersyukur kerana anak perempuannya yang merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang telah menerima seunit peranti untuk digunakan bagi membantu pembelajarannya.
"Ketika guru menjalankan kelas dalam talian semasa pandemik ini, kami menghadapi masalah kerana tiada alat peranti yang mencukupi untuk dikongsi di antara lima beradik.
"Jadi saya harap anak-anak saya akan menggunakan alat ini untuk manfaat diri mereka," katanya.
Abdul Muslefi Mohd Yusop, bapa seorang lagi penerima peranti yang juga pelajar di sekolah sama, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam inisiatif ini.
"Kami akan memanfaatkan komputer riba ini untuk kegunaan anak-anak kami, selama mana yang boleh. Kami juga akan menjaga peranti ini sebaiknya dan memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang elok agar anak-anak dari keluarga yang lain juga akan dapat menggunakannya kelak," katanya.
Kedua-dua menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma korporat atas sumbangan besar mereka yang telah menjayakan program perintis CERDIK dan syarikat yang terlibat termasuk Khazanah Nasional Bhd serta kumpulan syarikatnya, Yayasan PETRONAS, Permodalan Nasional Bhd serta kumpulan syarikatnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta kumpulan syarikatnya dan Lembaga Tabung Haji.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021

Kesemua peranti disahkan yang terkini dengan kapasiti mencukupi untuk penaikan taraf perisian. - Twitter@bernamadotcom
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Yayasan Petronas sumbang komputer riba kepada 12,000 pelajar
Ia akan dilaksanakan menerusi inisiatif CERDIK dengan kos RM30 juta.

Penjajaran kurikulum dilaksana, bantu guru susun perancangan - Radzi
Setiap guru lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan anak didik masing-masing sebelum memutuskan untuk meningkatkan fasa kandungan.

50,000 pelajar bakal terima peranti CERDIK menjelang akhir Mei 2021
CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar akan menerima peranti mereka pada akhir bulan Mei ini dan baki 100,000 peranti lagi dijangka diagih pada akhir September 2021.

Bantu pelajar B40, Inisiatif CERDIK dilancar Februari ini
Inisiatif CERDIK yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 akan mula dilancarkan Februari ini.