KUALA LUMPUR: Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata tiga negeri mencatatkan jumlah kes kumulatif tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor dengan 111 kes, diikuti Johor (64) dan Sabah (56).
Menurutnya daripada jumlah itu, 50 kes atau 9.82 peratus telah dituduh di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
"Kesemua pertuduhan adalah bagi kes yang suspek atau pelakunya berjaya dikesan, manakala selebihnya suspek atau pelaku masih tidak dapat dikesan," katanya sebagai respons kepada ucapan Young Syefura Othman (PH-Bentong) berhubung kes pembuangan bayi pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Nancy berkata tindakan juga akan diambil terhadap pelaku mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu masing-masing bagi kesalahan bunuh dan cubaan bunuh sekiranya hasil siasatan memenuhi setiap elemen kesalahan diperuntukkan di bawah seksyen terbabit.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh 2022 hingga 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyelamatkan 101 kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai kanak-kanak dibuang ibu atau bapa atau penjaga.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 kes disebabkan kecuaian ibu bapa atau penjaga, 11 kes kanak-kanak dibuang kerana anak tidak sah taraf, faktor masalah kewangan (empat kes) dan perbalahan keluarga (tiga kes).
Katanya, masing-masing dua kes disebabkan kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak yang dipelihara orang lain semasa kecil, manakala 64 kes lagi tidak dapat dikumpulkan maklumat secara terperinci.
Nancy berkata 19 daripada 101 kanak-kanak malang itu ditempatkan dalam jagaan ibu bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai (OYLS), manakala selebihnya masih dalam proses penempatan ke dalam jagaan ibu bapa atau OYLS.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
![509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas 509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710826921_TBDATUKSERINANCY.jpg)
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. - Gambar fail/BERNAMA
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
Pelarian Myanmar di Thailand menderita, AS beku bantuan kesihatan
Sekumpulan doktor dan jururawat Thailand berusaha menyelamatkan seorang pelarian Myanmar berusia 86 tahun, Adabi, di Hospital Tha Song Yang, Thailand.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Laos sasar lebih 4.3 juta pelancong asing tahun ini
Laos menetapkan sasaran untuk menarik lebih daripada 4.3 juta pelancong asing pada 2025 sebagai langkah mengukuhkan sektor pelancongan negara.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
![Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728288300_SIswaran.jpg)
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah
Iswaran sebelum ini mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam.
Kes rasuah di Laos meningkat, kerajaan ambil tindakan tegas
Dalam usaha menghapuskan rasuah, Kerajaan Laos telah mengambil langkah tegas selepas siasatan mendedahkan kerugian kewangan yang besar pada tahun 2024.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Cegah jenayah scam segera, imej negara tercemar - PM Kemboja
Kerajaan Kemboja menggesa langkah tegas diambil untuk menentang penipuan dalam talian dan pemerdagangan manusia melalui penubuhan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi.
Perdana Menteri Hun Manet menegaskan, ia telah memberi ancaman serius kepada keselamatan sosial rakyat serta mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Hun Manet menegaskan, ia telah memberi ancaman serius kepada keselamatan sosial rakyat serta mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.
![Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922664_PPKM.jpg)
Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.
Kemboja rancang perluas perkhidmatan 5G mudah alih
Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja diarah untuk menyediakan pelan induk bagi melaksanakan perkhidmatan 5G mudah alih di seluruh negara.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Indonesia akan bina tiga loji janakuasa solar tingkat tenaga hijau
Indonesia bakal memulakan pembinaan tiga loji janakuasa solar di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Sumatera Barat dengan kapasiti gabungan sebanyak 220 megawatt-peak.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
ASEAN seru Pakistan sokong Visi 2045, kesalinghubungan dan kerjasama Indo-Pasifik
ASEAN menyeru Pakistan supaya menyokong Visi Komuniti ASEAN 2045 yang akan datang serta Pelan Strategiknya, selain memperkukuh kerjasama dalam empat bidang utama yang digariskan dalam Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
![Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725809440_GenericBaby.jpg)
Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah
Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah semalam.
![Peniaga kuih menangis jumpa bayi dibuang di gerai Peniaga kuih menangis jumpa bayi dibuang di gerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728370100_jumpabayi.jpg)
Peniaga kuih menangis jumpa bayi dibuang di gerai
Bunyi sayup seperti anak kucing di dalam kotak di belakang sebuah gerai kuih di Kampung Rambai, di sini awal pagi tadi, membongkar penemuan seorang bayi lelaki.
![509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas 509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710826921_TBDATUKSERINANCY.jpg)
509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
![Tukang gunting direman bantu siasatan kes buang bayi Tukang gunting direman bantu siasatan kes buang bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697337736_TBBuangbayi.jpg)
Tukang gunting direman bantu siasatan kes buang bayi
Lelaki berusia 20-an itu direman bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi jalan.
![Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61446527935_NaibKetuaWanitaUm.jpg)
Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun
Selangor mencatatkan jumlah kes pembungan bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun berturut-turut iaitu antara 2016 hingga Jun 2017 berbanding negeri lain.