KOTA KINABALU: Sebanyak 51 kompaun dikeluarkan kepada pengunjung serta pemilik premis hiburan dalam satu serbuan Ops Bersepadu yang dijalankan di Damai, Kota Kinabalu, Jumaat malam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Robert Lipon berkata, daripada jumlah tersebut, enam kompaun dikeluarkan buat pemilik premis yang menjalankan perniagaan hiburan tanpa memiliki lesen yang sah.
“Pemilik premis menerima kompaun selepas mereka meletakkan peralatan di kaki lima tanpa permit dan membina struktur bangunan tanpa kelulusan (pihak berkuasa).
“(Dalam serbuan itu) pihak DBKK turut menyita peralatan hiburan, meja dan kerusi dalam premis yang terlibat," katanya.
Menurutnya lagi, selain dari pemilik premis, 37 pelanggan juga turut menerima kompaun kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal.
Tambahnya, kompaun-kompaun tersebut dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pemilik premis dikompaun RM50,000 mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021," tegas beliau.
Antara lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyertai serbuan berkenaan juga telah mengeluarkan tujuh notis kompaun. Manakala, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menyita minuman keras yang dipercayai dijual tanpa lesen.
Beliau berkata Ops Bersepadu bermula dari pukul 10 malam sehingga 1.35 pagi. Operasi tersebut dilaksanakan hasil dari maklumat serta aduan orang awam bagi mengawal operasi perniagaan dan hiburan yang beroperasi tanpa lesen selain memastikan SOP COVID-19 terus dipatuhi.
Operasi dilakukan dengan kerjasama pihak DBKK bersama KKM, PDRM dan JKDM. Ianya turut disertai 69 anggota yang terdiri dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancangan Bandaraya DBKK.
Robert berkata, pihak berkuasa akan terus memantau operasi perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan peraturan pematuhan SOP terus diikuti berdasarkan Undang-Undang Kecil DBKK.
Junaidi Ladjana
Sat Apr 17 2021

Selain kompaun, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut menyita peralatan hiburan, meja dan kerusi premis yang terlibat dalam Ops Bersepadu. -Gambar Astro AWANI
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu hari ini bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.

52 kes didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu - DBKK
Sebanyak 52 kes didaftarkan untuk dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) Kota Kinabalu sejak 2012 hingga kini.

Sabin dilantik sebagai Mayor DBKK yang baharu
Datuk Seri Sabin Samitah dilantik sebagai Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Gudang haram simpan lebih 1,000 tangki sisa buangan terjadual diserbu
Aduan dibuat penduduk kampung setelah menghidu bau kurang menyenangkan dipercayai bahan terlarang.

Penjaja Pantai Tanjung Aru mohon dibenar beroperasi
Menurut mereka, notis penutupan operasi tersebut diberi pada saat-saat akhir.

51 kompaun dikeluarkan gagal patuhi SOP, tiada lesen perniagaan
Antara kesalahan lain yang dilakukan termasuk meletakkan peralatan di kaki lima tanpa permit dan membina struktur bangunan tanpa kelulusan.

DBKK roboh 85 rumah setinggan haram warga asing di Kota Kinabalu
Operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing.

Video 'Bersatu seperti UMNO' itu cerita lama - Shafie Apdal
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan video mengaitkannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tular baru-baru ini adalah 'cerita lama'.