PUTRAJAYA: Menjejak usia ke-55 tahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini terus digeruni apabila bergerak secara proaktif dalam mengurangkan ketirisan dan membanteras pelbagai kes rasuah berprofil tinggi di dalam negara.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi penguatkuasaan itu menyaksikan transformasi besar dalam membanteras rasuah hari ini dengan menggunakan tiga strategi utama, iaitu penguatkuasaan, pencegahan, dan pendidikan.
Beliau berkata, kes berprofil tinggi telah banyak diselesaikan hasil tuntutan pelbagai pihak dan menafikan segala dakwaan bahawa pihaknya mengamalkan sikap ‘pilih bulu’ atau cenderung kepada satu pihak dalam membanteras rasuah, sebaliknya bersikap profesional serta telus menjalankan tugas tanpa berpihak pada mana-mana entiti.
“Untuk rekod, pegawai-pegawai SPRM dalam menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, misalnya 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kita bukan sahaja menyiasat malah memulangkan aset.
“Antara lain Op Water melibatkan dana projek infrastruktur mencecah RM3.3 bilion dan Op Kartel melibatkan penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah.
“Seterusnya, kes melibatkan Op Power, iaitu sindiket bitcoin yang mencuri bekalan elektrik telah menyebabkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami kerugian RM2.3 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2021, termasuk Op Mitra yang membabitkan penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) berjumlah RM26.3 juta.
“Manakala, Op Bola-Bola iaitu aktiviti rasuah di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perolehan tender perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos notis saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM42 juta; Op Sticker melibatkan kegiatan penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara haram dan Op Hacks menyaksikan sindiket terbesar dalam pengeluaran pelekat palsu PLKS,” katanya.
Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama media sempena sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-55, hari ini.
Jelas Azam lagi, kejayaan membongkar kes berprofil tinggi terus dipergiatkan dalam beberapa siri operasi yang lain antaranya melibatkan Op Kenali, Op Phantom, Op Raya, Op SDB 2.0, Op Sukat, Op Sealord dan Op Selat, sekali gus mendatangkan impak besar kepada masyarakat dan agensi terlibat.
“Op Kenali menyaksikan kegiatan rasuah di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berhubung perolehan penyelenggaraan bernilai RM1.36 juta; Op Phantom membabitkan kes rasuah projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion dan Op Raya melibatkan sindiket kartel tender kerajaan projek bernilai RM3.8 bilion.
“Bagi Op SDB 2.0 pula melibatkan kes menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman lebih RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan; Op Sukat membabitkan pegawai penguat kuasa terlibat dalam melindungi lori lebih muatan dan kesalahan jalan raya.
“Op Sealord pula ialah pembongkaran aktiviti rasuah dan penyelewengan di Depot Bekalan Armada (DBA), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Op Selat menyaksikan pemalsuan cop kemasukan bagi melintasi sempadan negara,” katanya.
Dalam pada itu, tambah Azam, pihaknya turut mengemukakan jumlah statistik tangkapan dan pendakwaan selama tiga tahun bermula 2020 hingga Ogos 2022.
“Dalam hampir tiga tahun bermula 2020 hingga Ogos 2022, kami telah menangkap 2,553 individu dan sebanyak 1,313 pertuduhan pula telah dilaksanakan.
"Jikalau kita perincikan jumlah tersebut, SPRM telah menangkap seramai 998 individu pada 2020 dan 851 individu (2021) dan tahun ini sehingga Ogos, kami telah menahan seramai 704 individu berkaitan kes-kes rasuah.
“Manakala, pertuduhan dalam tempoh yang sama melibatkan jumlah yang besar, iaitu 522 individu dituduh (2020), 525 individu (2021) dan 266 individu bagi tempoh lapan bulan tahun ini,” jelasnya.
Katanya lagi, tangkapan dan tuduhan melibatkan individu wanita turut berlaku apabila mencatatkan sejumlah 824 tangkapan dan 356 pertuduhan dari 2017 hingga Ogos 2022.
Sementara itu, Azam berkata, pelbagai usaha mempromosikan semangat integriti dan membanteras rasuah diperkasakan dalam kalangan masyarakat.
“Antaranya Integrity Pact yang telah diusahakan SPRM dan Kementerian Kewangan (MOF) supaya ada satu bentuk pemantauan dan bentuk ikrar dalam kalangan mereka yang memasuki tender kerajaan di bawah MOF.
"Ia juga meningkatkan integriti dan memerangi amalan rasuah serta mengelakkan sebarang isu berkaitan konflik berkepentingan dalam perolehan kerajaan.
“Ini termasuk merupakan pengisytiharan dan pembida atau orang awam untuk tidak menawar atau memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan kontrak dan bagi mempercepatkan satu urusan perolehan kerajaan,” katanya.
Seterusnya, Azam berkata, pihaknya turut menggiatkan usaha membudayakan amalan membanteras rasuah ke dalam silibus pendidikan negara.
“Kita dan Kementerian Pendidikan (KPM) telah bekerjasama memperkenalkan elemen antirasuah dalam buku teks sekolah rendah dan menengah secara berperingkat sejak 2016.
“Nilai integriti dan benci rasuah telah dimasukkan dalam buku teks Pendidikan Moral di sekolah Cina dan Tamil, di samping elemen rasuah turut dimasukkan dalam buku teks Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu,” ujarnya.
Tahun ini, SPRM menyambut ulang tahun ke-55 dengan tema Amanah, Tegas, Adil dan menganjurkan beberapa program sempena sambutan berkenaan.
Ehsan A Marisah
Sat Oct 01 2022
Agensi penguatkuasaan itu menyaksikan transformasi besar dalam membanteras rasuah hari ini dengan menggunakan tiga strategi utama, iaitu penguatkuasaan, pencegahan, dan pendidikan. -Foto fail
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.