KUALA LUMPUR: Sebanyak 583 permohonan rentas negeri melalui pengangkutan udara di balai polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, di sini ditolak bagi tempoh 30 April hingga Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia berikutan justifikasi permohonan didapati tidak munasabah dan dokumen perjalanan yang dikemukakan tidak sah atau tidak lengkap.
Beliau berkata permohonan yang diberi kelulusan adalah hanya bagi tujuan menziarahi kematian ahli keluarga terdekat seperti pasangan sendiri, anak, ibu dan adik-beradik, kecemasan dan pasangan suami isteri jarak jauh.
"Kesemua permohonan ini mestilah mendapat kebenaran polis melalui permit rentas negeri sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian tiket penerbangan.
"Polis Petaling Jaya mengingatkan orang ramai bahawa bukti tiket penerbangan yang telah dibeli bukanlah alasan kukuh bagi mendapatkan kelulusan permit rentas negeri," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, polis telah merakam keterangan 15 individu susulan siasatan kes majlis tahnik anak kepada seorang penyanyi tersohor tanah air yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pada 26 April lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata antara yang dipanggil adalah penganjur, orang kenamaan dan penceramah.
"Siasatan kes berkenaan sedang dikemas kini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.
Dalam perkembangan lain, polis mengenakan kompaun RM10,000 terhadap pihak badan pengurus bersama di sebuah premis di ibu kota semalam kerana gagal mengarahkan penghuni membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama dalam buku daftar.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata tindakan kompaun dikenakan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 4) (pindaan) (No. 16) 2021.
"Polis menasihatkan semua pemilik premis agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Adalah menjadi tanggungjawab pemilik premis memastikan semua penghuni dan pengunjung mematuhi SOP," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Polis Petaling Jaya mengingatkan orang ramai bahawa bukti tiket penerbangan yang telah dibeli bukanlah alasan kukuh bagi mendapatkan kelulusan permit rentas negeri. - Gambar fail
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.

Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.

MAVCOM lakukan pemeriksaan di KLIA, LTSAAS pastikan kelancaran sempena Aidilfitri
Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri.

Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.

Balu juruterbang helikopter terhempas tuntut mayat di HRPB Ipoh
Wanita berkenaan tiba di perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 10.40 pagi.

Invest Selangor komited pacu hab penerbangan perniagaan dan am menerusi SAS 2022
Invest Selangor terus komited merangsang hab penerbangan perniagaan dan am negara dengan menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022).

Perkhidmatan e-hailing semakin pulih di LTSAAS
Lebih tiga jam berada di sana, hampir setiap 10 minit, pasti akan hadir pemandu e-hailing, berhenti di checkpoint disediakan untuk mengambil penumpang.

Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS
Hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.

Kelulusan kerajaan penting bangunkan lapangan terbang Subang - MAHB
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.