GEORGE TOWN:Polis sudah melengkapkan siasatan kes tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, tempoh tahanan reman tujuh lelaki itu juga dilanjutkan lagi dua hari sehingga 23 Januari selepas tempoh reman selama tiga hari mereka berakhir hari ini.
"Setakat ini, kertas siasatan sudah siap dan kita sudah serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya"
"Tempoh reman mereka juga dilanjutkan selama dua hari lagi dan pihak polis menunggu arahan selanjutnya dari pihak TPR, sebelum sebarang tindakan dibuat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
BACA: Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Soffian berkata, tujuh lelaki berusia berumur antara 23 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.
Selain itu, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.
Pada Rabu, kesemua mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
BACA: Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Terdahulu mereka di sekitar Jalan Patani dan Tanjong Tokong selepas menggunakan kekerasan terhadap anggota polis semasa mereka menjalankan tugas dengan menolak, mengajak bergaduh dan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap polis ketika kejadian.
Perbuatan itu dilakukan mereka susulan kejadian kemalangan kira-kira jam 5.20 petang Ahad lepas melibatkan dua lelaki yang menaiki motosikal dengan sebuah kereta sehingga mengalami kecederaan parah.
Kemalangan itu berlaku ketika penunggang motosikal terbabit cuba melarikan diri daripada tiga anggota polis Unit Rondaan Bersepadu (URB) yang membuat rondaan di Jalan Pinang.
Malah mereka mendakwa anggota polis telah menendang sebuah motosikal dinaiki dua remaja lelaki sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan kepada penunggang motosikal terbabit.
Kejadian itu kemudian tular di media sosial yang mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap PDRM.
Dalam kejadian petang Ahad lepas, dua remaja parah dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Tanjong Tokong.
Insiden itu tular di dalam media sosial apabila warga net menuduh anggota polis sengaja menendang motosikal sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada dua lelaki.
Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan dua lelaki berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada anggota polis.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jan 21 2021

Pada Rabu, kesemua mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.