KULAI: Sebanyak 70 peratus pembangunan hartanah di Forest City, Iskandar Puteri terjual dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat dalam tiga atau empat tahun lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
"Kita lihat banyak hartanah yang tidak terjual sejak empat tahun lepas dan kini telah terjual dalam masa dua tahun ini.
"Contohnya di Forest City yang orang katakan 'ghost town', sebenarnya ramai orang tidak tahu bahawa 70 peratus pembangunan hartanah di sana telah terjual, begitu juga di Country Garden dan kawasan sekitar Johor Bahru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Hutan Bandar Kulai, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata ia menunjukkan antara impak positif hasil usaha berterusan kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam mengatasi masalah hartanah tidak terjual.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata inisiaitif kerajaan negeri dalam meningkatkan kecekapan proses kerja dan tadbir urus bagi mengurangkan birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan, mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan di negeri itu.
Beliau berkata ia boleh dilihat menerusi kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menjangkakan Johor akan menjadi negeri termaju di Malaysia, susulan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi.
"Saya sangat setuju dengan kenyataan Perdana Menteri kerana Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sendiri banyak engagement dengan pelabur-pelabur seperti dari Singapura dan China. Ini semua sedang dilaksanakan," katanya.
Pada Khamis lepas, Anwar dilapor berkata projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) mampu memacu ekonomi Johor mengatasi negeri-negeri lain dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Sebanyak 70 peratus pembangunan hartanah di Forest City, Iskandar Puteri terjual dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor. - Gambar fail REUTERS

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.