ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 8,000 peranti termasuk komputer riba dan data Internet dengan jumlah kos RM25 juta akan diedar kepada pelajar di seluruh Johor bermula awal September ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang berkata pengedaran kesemua peranti itu kepada pelajar golongan B40 dan M40 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan itu dijangka mengambil masa tiga bulan iaitu sehingga November.
"Proses perolehan dilaksanakan pada Julai tahun ini, cabaran mendapatkan bekalan peranti yang disebabkan oleh kekurangan bekalan dan gangguan pada rantaian bekalan menyebabkan anjakan masa jadual bekalan peranti.
"Pada masa ini, pihak kerajaan mendapat kerjasama secara terus dengan pengeluar peranti tanpa melalui pihak ketiga bagi meminimumkan gangguan itu," katanya ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Parit Yaani) pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Aminolhuda ingin mengetahui mengenai status inisiatif sumbangan peranti kepada sekolah di negeri ini bagi pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Mazlan berkata program itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM126.86 juta yang disediakan kerajaan negeri menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor (PRE 3.0) kepada rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19 termasuk golongan M40 secara bersasar.
"Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menetapkan spesifikasi yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar berkenaan selain kerajaan turut melaksanakan kajian pasaran bagi mendapat nilai terbaik sebelum membuat perolehan," katanya.
Menurutnya, JPNJ juga maklum mengenai sumbangan peranti daripada pelbagai pihak antaranya Yayasan Raja Zarith Sofiah, Ahli Parlimen, ADUN, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan individu bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar berhubung pelaksanaan kaedah PdPR.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Mazlan ketika menjawab soalan pada Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, 22 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Mendepani cabaran media sosial terhadap kanak-kanak
Kebimbangan kanak-kanak menjadi mangsa pelbagai bentuk eksploitasi kian mendapat perhatian.
iPhone 14, 14 Plus Apple kini dalam warna kuning
Apple melancarkan iPhone 14 dan 14 Plus dalam warna kuning, sekali gus mengesahkan beberapa khabar angin seperti dilaporkan sebelum ini.
TV terkecil di dunia hanya sebesar setem
Syarikat elektronik TinyCircuits melancarkan dua prototaip baharu, TinyTV 2 dan TinyTV Mini.
Siri OPPO Reno8 5G: Peranti flagship paling dinanti pertengahan tahun ini
Peranti tersebut dilengkapi teknologi terkini yang mampu memberi pengalaman digital terbaik, sekali gus melangkaui jangkaan pengguna.
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluas ke peringkat sekolah
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluaskan ke peringkat sekolah agar pelajar tidak lagi terbeban membawa buku teks.
27,000 permohonan peranti dalam masa tujuh jam hari ini - Annuar
Sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima dalam tempoh tujuh jam hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.
8,000 peranti untuk pelajar di Johor diedar bermula September
Pengedaran peranti itu kepada calon SPM 2022 golongan B40 dan M40 dijangka mengambil masa tiga bulan iaitu sehingga November.
PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan
Guru di Sekolah Kebangsaan Desa Permai menggunakan perahu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.
[KOLUMNIS] Pendekatan pendidikan era baharu: Heutagogi, Peeragogi dan Cybergogi
Guru selalunya menjadi titik pusat pembelajaran sementara pelajar mendengar, bersifat pasif dan sebagai objek, walaupun terdapat perjuangan mengubah kepada pendekatan berpusatkan pelajar.