KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan syarikat telah dikenakan penalti kewangan berjumlah RM1,548,192.36 selepas didapati bersalah membuat penipuan bida berhubung projek kerajaan berkaitan teknologi maklumat (IT).
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Iskandar Ismail berkata, penipuan bida tersebut melibatkan empat projek berasingan berkaitan IT bernilai RM1,925,365.90 yang diperolehi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Beliau berkata, kelapan-lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol sesama sendiri untuk mendapatkan projek tersebut, di antara tahun 2015 hingga 2016, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.
“Pada awal 2017, selepas menerima maklumat mengenai dakwaan perlakuan tipuan bida yang melibatkan projek Aswara, MyCC memulakan siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Persaingan 2010 untuk memastikan sama ada terdapat pelanggaran Seksyen 4 di bawah akta yang sama.
“Semasa penyiasatan dijalankan, MyCC mendapati tiga lagi projek lain mengandungi unsur tipuan bida yang serupa,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Lapan syarikat terbabit ialah Tuah Packet Sdn Bhd, Caliber Interconnects Sdn Bhd, Aliran Digital Sdn Bhd, ViaMED Sdn Bhd, Novatis Resources Sdn Bhd, Silver Tech Synergy Sdn Bhd, Venture Nucleus (M) Sdn Bhd, dan Basenet Technology Sdn Bhd.
Mengambil tender 2016 bernilai RM467,727.00 sebagai contoh, Iskandar berkata, kedua-dua syarikat Tuah Packet dan Caliber menyertai sebut harga, sebelum dimenangi Caliber dan telah dijemput Aswara untuk meyuarat kick-off projek tersebut.
Bagaimanapun, katanya lagi, mesyuarat tersebut dihadiri wakil Tuah Packet walaupun sebut harga tersebut telah diberi kepada Caliber.
“Wakil dari Tuah Packet kemudiannya membuat pembentangan teknikal kepada Aswara bagi pihak Caliber, manakala Caliber menghantar wakil bahagian pemasaran untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
“MyCC juga mendapati bahagian teknikal dokumen sebut harga Caliber telah disediakan Tuah Packet, yang kemudiannya menyerahkan dokumen tersebut bagi pihak Caliber dan Tuah Packet kepada Aswara pada masa berbeza, untuk mengelakkan syak wasangka.
“Terdapat enam syarikat yang telah mengambil bahagian dalam projek perolehan ini, dan mereka membentuk dua kartel berasingan. Kartel pertama adalah Tuah Packet dan Caliber, manakala kartel kedua adalah antara Novatis, Basenet, Venture Nucleus, dan Silver Tech,” kata Iskandar.
Hasil penyiasatan MyCC, jelasnya lagi, menunjukkan syarikat-syarikat tersebut telah membuat perjanjian lisan, antara lain membolehkan syarikat yang kalah akan menerima kerja subkontrak daripada syarikat pemenang.
Iskandar berkata, Tuah Packet juga dilihat mengulangi modus operandi yang sama dengan syarikat Aliran Digital dan ViaMED untuk satu tender dan dua sebut harga projek Aswara pada tahun 2015, masing-masing bernilai RM939,852; RM475,000; dan RM42,786.90.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata, berdasarkan pekeliling integriti Perolehan Awam (PK1.6) dan Ketidakpatuhan dalam Perolehan Awam (PK8), individu atau perusahaan yang terlibat dalam tipu bida boleh digantung pendaftaran sehingga maksimum lima tahun, disenarai hitam, dan dilarang menyertai tawaran perolehan kerajaan.
“Keputusan ini mencerminkan komitmen MyCC untuk terus membanteras perusahaan yang bersekongkol untuk menguras dana awam melalui aktiviti tipuan bida. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Aswara di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penyiasatan kes ini.
“Sekarang, kami juga sedang menyiasat 500 syarikat yang disyaki terlibat dalam penipuan proses tipuan bida dengan kontrak bernilai RM2 bilion dalam pelbagai industri. Kami tidak akan berputus asa dan bertekad dalam tindakan tegas ini. Nantikan lebih banyak keputusan yang akan menyusul,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jul 05 2022

Iskandar berkata, hasil siasatan MyCC menunjukkan syarikat-syarikat tersebut telah membuat perjanjian lisan, antara lain membolehkan syarikat yang kalah akan menerima kerja subkontrak daripada syarikat pemenang. - Gambar/ Astro AWANI
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.

Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC
MyCC beri amaran kepada semua pemilik perniagaan jangan sesekali membuat pencatutan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.

Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.

Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.

Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Penggabungan syarikat telekomunikasi di luar bidang kuasa MyCC
Segala aktiviti perkhidmatan telekomunikasi di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).