KOTA BHARU: Seramai 83 individu dikenakan tindakan melalui Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dalam tempoh 1 Jan hingga 10 Mac lepas, kata Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Khalil Azlan Chik.
Beliau berkata daripada jumlah itu 12 dikenakan Perintah Tahanan manakala 71 dikenakan Perintah Pengawasan, membabitkan penjenayah tegar yang tidak dapat diambil tindakan oleh mahkamah disebabkan masalah tertentu.
"Memang sukar untuk menuduh seseorang di mahkamah kerana ia memerlukan keterangan yang sahih. Bagaimanapun keterangan mengenai penglibatan individu terbabit memang ada, dan fail telah diserahkan.
"Selepas melalui pelbagai proses di Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara, barulah tindakan boleh diambil. Selain itu ada pegawai inkuiri yang akan bersemuka dengan penjenayah berkenaan untuk membuat apa-apa cadangan kepada LPJ bagi tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Melor di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan ACP Mit Emong.
Khalil berkata sejak POCA diperkenalkan pada 2 April 2014 hingga 10 Mac lepas, 10,012 orang telah dikenakan tindakan melalui akta berkenaan dengan 2,673 orang dikenakan Perintah Tahanan, manakala 6,537 orang dikenakan Perintah Pengawasan dan 802 orang telah bebas.
"Selain itu, sehingga 28 Feb lepas perintah yang masih berkuat kuasa melibatkan Perintah Tahanan adalah seramai 425 individu, manakala yang dikenakan Perintah Pengawasan adalah 2,166 orang. Jumlah keseluruhan adalah 2,591 orang.
"Di Kelantan sahaja ada 127 orang dari kontinjen luar didaftarkan di bawah POCA dan ditempatkan di seluruh balai polis di negeri ini," katanya.
Menurut Khalil berdasarkan statistik, pada 2021 seramai 1,190 dikenakan tindakan di bawah POCA berbanding 1,968 pada 2020 di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk Simpang Renggam, Pokok Sena, Bentong dan Bintulu.
Katanya kebanyakan yang dikenakan perintah ini disebabkan pembabitan mereka dalam jenayah dadah selain kes jenayah penipuan menerusi internet.
"Kita dapati kebanyakan yang dikenakan perintah ini berusia antara 30 dan 40-an. Setakat ini rekod menunjukkan paling muda ditahan adalah 18 tahun, manakala paling tua berusia 73 tahun," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Seramai 12 dikenakan Perintah Tahanan manakala 71 dikenakan Perintah Pengawasan, membabitkan penjenayah tegar yang tidak dapat diambil tindakan oleh mahkamah disebabkan masalah tertentu. - Gambar hiasan/ Reuters
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Februari 2025]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
2. Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
3. Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama seperti negara Islam lain - PM
1. Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
2. Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
3. Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama seperti negara Islam lain - PM
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan
KDN sedia adakan libat urus dengan Ahli Parlimen berkenaan pindaan POCA - Saifuddin
KDN bersedia untuk mengadakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan POCA 1959.
Mahkamah benar rayuan kerajaan berhubung tahanan salah bekas Pengerusi My-Watch
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk S. Nantha Balan, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azimah Omar dalam prosiding secara dalam talian hari ini.
NGO cadang kerajaan segera pinda POCA
Undang-undang yang lebih ketat diharap membantu PDRM memastikan mereka yang terlibat jenayah komersial menerima hukuman setimpal.
83 penjenayah tegar dikena tindakan di bawah POCA sejak Januari
12 dikenakan Perintah Tahanan manakala 71 dikenakan Perintah Pengawasan, membabitkan penjenayah tegar yang tidak dapat diambil tindakan oleh mahkamah disebabkan masalah tertentu.
Baru keluar penjara, tiga lelaki ditahan pecah rumah
Ketiga-tiga suspek berkenaan selesai menjalani hukuman berkenaan pada Julai 2021.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan keputusan ahli perniagaan direman POCA
Ahli perniagaan Goh Leong Yeong yang direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, gagal dalam permohonannya untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan.
Tiga penjawat awam ditahan disyaki terlibat dalam penyeludupan migran
Difahamkan, mereka menggunakan kenderaan dengan logo kerajaan bagi mengaburi mata pasukan keselamatan.
Hasil samun tak bertahan lama, polis berkas dua suspek kurang 24 jam
Rakaman CCTV berjaya menemukan polis pada kedua-dua suspek yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau.
Judi dalam talian: PDRM semak semula siasatan pembebasan Addy Kana, dua angota polis
Perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu.