KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan lokaliti melibatkan Perak, Pahang, Kedah serta Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Julai hingga 8 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata PKPD di Perak melibatkan Daerah Kinta iaitu masing-masing di Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg. Raia).
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut melaksanakan PKPD di Blok 5 FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin dan Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang.
Bagi Sabah pula, ia melibatkan dua lokaliti di Daerah Beaufort iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias.
Ismail Sabri menambah tiga lagi PKPD di Sabah adalah di Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Tungkang, Kudat; serta Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan tujuh lokaliti di Sabah turut ditamatkan PKPD pada 25 Julai ini.
Ia melibatkan Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; serta Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud.
Manakala tiga lagi lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Suang Parai; Taman Kingfisher Sulaman; dan Bandaran Berjaya.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 24 2021

Sembilan lokaliti melibatkan Perak, Pahang, Kedah serta Sabah dikenakan PKPD bermula 26 Julai hingga 8 Ogos ini - Gambar BERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD selama 14 hari
Keputusan dibuat selepas meneliti pembentangan KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Enam lokaliti dikenakan PKPD, 22 ditamatkan - Hishammuddin
22 lokaliti lagi melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Sabah pula ditamatkan PKPD berkuat kuasa esok.

9 lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah dikena PKPD mulai 26 Julai
Dalam perkembangan sama, tujuh lokaliti di Sabah turut ditamatkan PKPD pada 25 Julai ini.

PKPD di 5 lokaliti ditamatkan, ini 5 tumpuan kenyataan Ismail Sabri
PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah dilanjutkan sehingga 29 Julai ini.

PKPD di empat kawasan ditamatkan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan di Sabah dan satu di Johor ditamatkan pada Isnin selepas kes COVID-19 di kawasan itu kini dalam keadaan terkawal.

PKPB di Labuan disambung lagi dua minggu - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang sebelum ini dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 6 Disember.