TENOM: Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa sebanyak 90 keping gambar dipercayai berunsur lucah, ditemukan dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Yip Chang Ching, 43, berkata beliau menganalisa data itu, yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat, dan hasil analisanya pada 10 Mac 2022 menemukan gambar itu serta tiga rakaman video, juga dipercayai berunsur lucah.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria mengenai hasil analisanya terhadap barang kes, iaitu sebuah pemacu kilat yang diserahkan oleh syarikat LGMS Berhad kepada PDRM.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata beliau mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstrak itu, supaya boleh dibaca perisian forensik.
"Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisa data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisa yang disediakan pegawai penyiasat," katanya pada perbicaraan kes Ebit Lew.
Yip berkata data dianalsisnya itu, turut mengandungi laporan dua panggilan keluar yang dijawab oleh pihak lain selama 136 saat dan 1,346 saat masing-masing pada 1 Mei 2021 pukul 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 pukul 7.50 pagi.
Beliau berkata dia telah menyerahkan pemacu kilat itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Jan tahun lepas.
Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata beliau mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstrak itu, supaya boleh dibaca perisian forensik. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.

Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.

Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.

Tiga lelaki didakwa atas kesalahan pornografi kanak-kanak
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak.

Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.

Remaja 13 tahun bunuh rakan sekelas dipenjara seumur hidup
Mahkamah di China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang remaja dan 12 tahun penjara ke atas seorang lagi kerana membunuh rakan sekelas mereka yang berusia 13 tahun.

Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.

Sumbang mahram: Bapa durjana dipenjara 15 tahun, lima sebatan
Perbuatan keji seorang bapa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan.

Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah.