SEPANG:Hampir 90 peratus majikan dalam industri pembuatan sarung tangan mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerja serta mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan bagi mengekang penularan COVID-19.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata berdasarkan Operasi Glove yang dilaksanakan sejak 17 Januari hingga hari ini di seluruh negara, hanya enam daripada 105 syarikat yang diperiksa mempunyai tahap pematuhan yang kurang memuaskan.
Beliau berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan 16 notis penambahbaikan terhadap majikan kerana tidak mematuhi kehendak perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"Kita akan pantau syarikat yang tidak mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan operasi pematuhan SOP pencegahan COVID-19 di kilang pembuat sarung tangan WRP Asia Pacific Sdn Bhd di sini, hari ini.
Majikan yang gagal mematuhi notis yang dikeluarkan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang memperuntukkan penalti maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.
Awang berkata Operasi Glove itu akan dijalankan secara berterusan khusus untuk memastikan pemain industri terutamanya pengeluar sarung tangan mematuhi undang-undang ditetapkan seterusnya menjamin kesinambungan produktiviti industri tersebut.
"JKKP memberi fokus kepada industri yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai dan mempunyai risiko jangkitan yang tinggi COVID-19," katanya.
Mengulas peningkatan kluster tempat kerja bagi sektor perkilangan dan pembinaan, Awang berkata pihaknya akan meneliti aspek yang boleh diperbaiki dalam SOP sedia ada bagi memastikan jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan.
Sabtu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster melibatkan tempat kerja mutakhir ini.
Menurutnya, sejak 6 Jan hingga Jumaat lepas, sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan dan 225 atau 64.3 peratus daripadanya adalah kluster berkaitan tempat kerja. Kluster berkaitan perkilangan mencatatkan bilangan kluster tertinggi iaitu 80, diikuti kluster berkaitan pembinaan sebanyak 53 dan 31 kluster berkaitan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Hampir 90 peratus majikan dalam industri pembuatan sarung tangan mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerja. - Gambar fail
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.