Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas dan mengalami gangguan bekalan air ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihenti tugas sejak Rabu lalu (26 Jun), hampir pulih sepenuhnya.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata keadaan itu berdasarkan pemantauan rapi dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6 petang ini.
"Kesemua kawasan di wilayah Hulu Langat telah pulih manakala Presint 14, Putrajaya serta Kampung Sungai Kelambu dan Taman Dato Hormat masih mengalami gangguan dan tekanan rendah.
"Bagi wilayah Petaling, kesemua kawasan telah pulih kecuali aliran bekalan ke Hospital Serdang yang masih belum stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bekalan air pulih 99 peratus di 98 kawasan di wilayah Sepang kecuali di Presint 14, yang dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini.
Ia disusuli wilayah Kuala Langat (99 peratus) bagi 84 kawasan kecuali Kampung Sungai Kelambu dan Taman Dato Hormat yang dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini, manakala bagi wilayah Petaling, (99 peratus) air pulih di 69 kawasan kecuali Hospital Serdang yang dijangka pulih pada 6 pagi esok.
Abdul Raof berkata segala usaha dan tumpuan diberikan ke kawasan tersebut bagi meningkatkan tekanan serta aliran di sistem agihan untuk mempercepatkan proses pemulihan seperti yang disasarkan, namun bantuan lori-lori tangki air masih digerakkan.
Untuk maklumat dan status terkini, orang ramai boleh merujuk Facebook, Twitter dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta laman sesawang www.syabas.com.my atau boleh hubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793 / 019-2800919 untuk sebarang bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019

Bekalan air pulih 99 peratus di 98 kawasan di wilayah Sepang kecuali di Presint 14, yang dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini. - Gambar hiasan
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

Air Selangor rekod 94 kes aduan baharu
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 94 kes baharu aduan air berbau, menjadikan jumlah keseluruhan terkini mencecah 1,046 kes aduan pengguna dilaporkan sejak 29 Sept lepas.

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel telah pulih sepenuhnya.

Empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran minyak diesel
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan bahawa pencemaran minyak diesel dikesan di muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

99 peratus pemulihan bekalan air setakat 6 petang - Air Selangor
Keadaan itu berdasarkan pemantauan rapi dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6 petang ini.

Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 siap
Loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan.