PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.
AADK dalam kenyataan memaklumkan antara alat ujian dan manual tersebut ialah Manual Statistik dan Diagnostik bagi Kecelaruan Mental (DSM-V); Ujian Saringan Keterlibatan Alkohol, Merokok dan Dadah (ASSIST); Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) dan Indeks Kepulihan (CCRI).
Menurut agensi itu, kesemua manual dan instrumen itu digunakan oleh Pegawai Pemulihan antaranya untuk menilai keparahan, ujian sejarah penagihan dan kekerapan pengambilan dadah dan bahan, selain pemerhatian perubahan tingkah laku, fizikal dan psikososial.
"Ini kerana, penagih atau penyalah guna dadah dan bahan bukan sahaja berdepan isu kesihatan, sebaliknya isu-isu lain yang lebih besar seperti perubahan tingkah laku, sikap dan fizikal melalui pendekatan terapi psikopendidikan dan psikososial yang merupakan kepakaran Pegawai Pemulihan," menurut kenyataan itu.
Kesemua alat ujian digunakan Pegawai Pemulihan dalam menilai, mentafsir dan menentusahkan khususnya untuk merangka rancangan rawatan dan pemulihan kepada klien, sekali gus menjadi justifikasi untuk menyediakan syor kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan sama ada secara institusi atau komuniti.
"Bagi klien yang memerlukan rawatan kesihatan pula, AADK tetap merujuk kepada pegawai perubatan di fasiliti AADK atau hospital dengan pelan rawatan dan pemulihan dilaksanakan dan mengambil kira isu kesihatan, psikologi dan emosi," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
![AADK guna 11 alat saringan dan penilaian AADK guna 11 alat saringan dan penilaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718941042_AADK.jpg)
AADK memaklumkan antara alat ujian dan manual tersebut ialah DSM-V; ASSIST; DASS dan CCRI.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
!['Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK 'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736834304_Magicmushroom.jpg)
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
![Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736053073_PenagihDadah.jpg)
Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.
![Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734410531_TBRuslinJusoh.jpg)
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
![Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
![AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733539963_AADKmisibantuan.jpg)
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
![Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730904382_AADK.jpg)
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
![169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK 169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
![JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718707936_HandcuffGari.jpg)
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.