PASIR PUTEH: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah.
Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad berkata program itu akan dilaksanakan di semua sekolah menengah di negeri tersebut dan pelajar yang didapati positif akan dimasukkan ke dalam program pemulihan berbentuk kem di bawah agensi tersebut.
"Sekarang ini kami masih belum ada rekod jumlah penglibatan pelajar dengan dadah, oleh itu kita akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar memandangkan sekolah ketika ini baru dibuka semula.
"Kita telah berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi melaksanakan program itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pelancaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai sebagai Sekolah Angkat ADDK, di sini pada Khamis.
Sehubungan itu juga beliau berharap pihak sekolah akan memberi kerjasama baik dengan tidak menyembunyikan data pelajar yang terlibat dadah.
Menurutnya setakat ini, AADK Kelantan mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

AADK Kelantan mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

Lelaki bagi alasan memancing antara 25 individu ditahan AADK Johor
Kerajaan negeri memandang serius isu penyalahgunaan dadah dan tidak akan berkompromi menerusi penguatkuasaan yang dijalankan oleh AADK negeri.

21 klien AADK lulus SPM
Kesemua klien yang lulus SPM 2022 berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di IKM, ILP, IKBN, GiatMara dan politeknik.

Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK
Jika penularan penyalahgunaan dadah sintetik tidak segera dibendung, bimbang ia akan merosakkan keharmonian Keluarga Malaysia.

Pengorbanan masa dan keringat skuad antidadah AADK bantu mangsa banjir
Susulan kejadian banjir kilat di beberapa negeri termasuk Selangor sejak Jumaat lalu, AADK menerusi Skuad Antidadah turun padang melaksanakan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.

Ibu sebak lihat anak, menantu ditahan ketika leka ambil dadah
Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ketika kesemua mereka sedang leka menghisap dadah.

Dua beradik, ipar ditahan AADK ketika leka hisap dadah dalam rumah
Semasa serbuan, ibu suspek yang menghidap kencing manis kronik sebak ketika pasukan AADK Daerah Cheras menahan dua orang anaknya dan menantu.

AADK Kelantan akan laksana program ujian saringan air kencing di sekolah
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah.

Ibu kepada bayi kembar berusia tujuh bulan ditahan kerana positif dadah
Ibu kepada sepasang anak kembar berusia tujuh bulan ditahan dalam serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan di Sungai Petani semalam.