SEREMBAN: Pasangan kekasih menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya bulan lalu.
Kedua-dua tertuduh, Noraini Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, menukar pengakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Pada 1 April lalu, mahkamah menetapkan tarikh 2 Mei bagi laporan forensik, namun Noraini tidak hadir pada prosiding berkenaan sebelum Meor Sulaiman mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap wanita berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa, Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli telah mengabaikan kanak-kanak terbabit sehingga menyebabkan kematiannya.
Perbuatan itu dilakukan dari 18 Mac hingga 24 Mac lalu antara jam 12 tengah hari hingga jam 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Mayung, Port Dickson.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah pada ketika itu memerintahkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Bagaimanapun, hanya Noraini membayar jaminan terbabit.
Prosiding pada Selasa, Peguam L Ramesh yang mewakili Noraini memohon mahkamah membacakan semula pertuduhan kerana anak guamnya mahu menukar pertuduhan sebelum kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.
Selain itu, Ramesh juga memohon mahkamah agar menarik semula waran tangkap terhadap Noraini dengan alasan berlaku salah faham mengenai tarikh sebutan yang lalu.
Timbalan Pendakwa Raya,Noor Syafina Mohd Radzuan memohon jaminan diteruskan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan waran tangkap diketepikan dan sebutan semula pada 12 Julai depan bagi laporan forensik.
Media pada 27 Mac lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Ia susulan polis menerima laporan dari Hospital Port Dickson pada 24 Mac memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 04 2024

Noraini dan Mohd Khairul menukar pengakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula hari ini. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Abai anak hingga mati: Pasangan kekasih tukar pengakuan
Pasangan kekasih menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya.