PUTRAJAYA: Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman negara.
Abang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.
Beliau merupakan hakim pertama dari Sabah dan Sarawak yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pula mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli, 63, juga dari Sarawak, sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Mohamad Zabidin, 65, dari Kedah, menggantikan Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada 27 Okt tahun lepas.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nordin Hassan, 59, mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Turut mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah enam Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Azman Abdullah, 61; Datuk Azimah Omar, 60; Datuk Lim Chong Fong, 60; Datuk Collin Lawrence Sequerah, 62, Mohamed Zaini Mazlan, 55, dan Datuk Wong Kian Kheong, 58.
Sequerah merupakan hakim yang mendengar perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Mohamed Zaini pula adalah hakim yang mendengar kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta kes rasuah dan pengubahan wang haram isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim itu juga akan memutuskan pada 30 Jan ini sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Selain itu, 11 Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Norsharidah Awang, 62; Tee Geok Hock, 64; Datuk Zaleha Rose Pandin, 61; Alice Loke Yee Ching, 60; Datuk Azhar Abdul Hamid, 59; Dr Arik Sanusi Yeop Johari, 53; G. Bhupindar Singh, 59; Mahazan Mat Taib, 55; Ahmad Murad Abdul Aziz, 63; Liza Chan Sow Keng, 65; dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya, 50.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman negara. - Foto BERNAMA
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
Abang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.
Sarawak miliki garis panduan komprehensif bagi hukuman kes jenayah babitkan hidupan liar
Dokumen itu dilancarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim di Kompleks Mahkamah Kuching.
Tun Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak bagi penggal ketiga
Tun Abdul Taib Mahmud pada Selasa menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi penggal ketiga di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Mahkamah kekalkan ganti rugi RM318,000 kepada suri rumah ditembak polis
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan ganti rugi RM318,326 yang diberi Mahkamah Tinggi kepada seorang suri rumah yang cedera setelah ditembak polis pada 2009.