Seorang lelaki rentung manakala adiknya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit Saga, Seksyen 26 di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang rentung, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan di bilik tidurnya di tingkat atas rumah berkenaan.
Beliau berkata adik mangsa, Ahmad Hamizan, 25, yang berada di bilik tidurnya di tingkat bawah rumah pula menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap sebelum meminta bantuan jiran.
"Rumah ini didiami tiga beradik lelaki dewasa dan ibu bapa mereka bekerja di luar negara. Siasatan mendapati, adik bongsu mereka, Ahmad Nazmi, 21, tiada di rumah ketika kebakaran dan dimaklumkan dia bermalam di rumah kawannya.
"Rumah dua tingkat ini dianggarkan terbakar 90 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu, beliau ada mendengar bunyi kaca pecah serta jeritan Ahmad Zulhilman meminta tolong kira-kira pukul 3 pagi dan menganggap rumah mereka dipecah masuk pencuri.
Namun, ketika keluar untuk menjengah rumah jirannya itu, beliau terkejut melihat api sangat marak dan asap yang tebal.
"Adiknya (Ahmad Hamizan) datang kepada saya dan beritahu abangnya tak boleh keluar. Beberapa jiran lain pun datang untuk bantu tapi api sangat marak dan haba terlalu panas menyebabkan kami langsung tak boleh dekat (dengan rumah tersebut).
"Saya yang menelefon bomba. Namun kami jiran-jiran berasa kesal kerana tak dapat bantu mangsa sebab mereka sekeluarga dah duduk sini sejak puluhan tahun lepas. Ibu bapa mereka pula tiada di sini (bekerja di luar negara)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Ketika keluar menjengah rumah yang terbakar, jirannya terkejut melihat api sangat marak dan asap yang tebal. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Abang rentung, adik sempat selamatkan diri dalam kebakaran rumah dua tingkat
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang rentung, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan di bilik tidurnya di tingkat atas rumah berkenaan.