IPOH: Bekas Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh menggantikan ACP Yahaya Hassan yang akan bersara wajib bermula esok.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Ipoh itu telah diadakan di Mess Pegawai Kanan Polis di sini hari ini disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Mohd Yusri berkata pihaknya yakin Abang Zainal mampu menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komited demi memastikan keselamatan dan keamanan bandar raya Ipoh sentiasa terjamin.
"Saya yakin legasi ditinggalkan Yahaya akan diteruskan oleh Abang Zainal dengan penuh komited selain sentiasa memastikan keadilan dan keamanan di bandar raya Ipoh terjamin.
"Saya juga yakin, Abang Zainal mampu memacu dan membawa Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh terus cemerlang bagi mencapai visi dan misi Polis Diraja Malaysia khususnya di Kontinjen Perak," katanya.
Abang Zainal, 56, yang berasal dari Kuching, Sarawak mempunyai pengalaman luas dan telah berkhidmat kira-kira 34 tahun dalam pasukan polis, selain pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Lawas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) menyaksikan nota serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan (kiri) kepada penggantinya ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad (kanan). - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.

Liga Super: Lapan lelaki diberkas susulan kekecohan di Stadium Perak
Polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk cadangan pertuduhan.

Polis tahan tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis
Ujian saringan awal air kencing menunjukkan semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphatamine.

Wanita warga emas ditemui maut dalam rumah disyaki dibunuh
Kes yang awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.

Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.

178 ditahan dalam operasi samseng jalanan
Polis menahan 178 individu membabitkan 143 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang Ipoh.

Abang Zainal dilantik Ketua Polis Daerah Ipoh
Bekas Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh.