PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berhubung dakwaannya mengenai kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkan beliau, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Hamzah, yang juga Pengerusi SPP, berkata Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP dan ini merupakan kali pertama beliau mendengar 'ada kartel dalam PDRM.'
"Sekiranya dakwaan Abdul Hamid itu benar, beliau sepatutnya membawa perkara itu dalam mesyuarat SPP.
"Dia tak pernah bawa isu ini dalam SPP padahal SPP adalah suruhanjaya tertinggi dalam perkhidmatan polis," katanya kepada media selepas melancarkan Bas Mobile Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.
BACA: Pendedahan wujud kartel dalam PDRM agar ia tidak merebak jadi barah - KPN
BACA: Ada gerakan dalam PDRM mahu jatuhkan saya - KPN Hamid Bador
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Abdul Hamid menerusi program 'Sinar Live bersama IGP' semalam bahawa wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.
Abdul Hamid mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
Ditanya mengenai prestasi Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara, Hamzah berkata beliau gembira dengan perkhidmatan Abdul Hamid setakat ini.
Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021

Kata Hamzah, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP dan ini merupakan kali pertama beliau mendengar 'ada kartel dalam PDRM'. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, polis beku aset lebih RM17 juta
Polis mengesahkan telah menahan lima individu kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.