SHAH ALAM: Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu malam tadi.
Pengumuman dilakukan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad pada majlis yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu kepada Abdul Majid, 84, selepas menunaikan solat maghrib dan isyak bersama rakyat selain bacaan doa dan ceramah Maal Hijrah.
Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Mohd Shahzihan dalam sembah pengumuman berkata Abdul Majid memulakan khidmatnya sebagai guru sebelum dilantik sebagai Timbalan Mufti Selangor dan bersara pada 2015.
"Selepas 17 tahun menyumbang bakti (sebagai Timbalan Mufti Selangor), beliau meneruskan agenda kecintaan ilmunya dengan menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2019, dan menamatkan pendidikan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Selangor (Unisel) dalam bidang pentadbiran wakaf pada Februari lepas.
"Pencapaian dan jasa beliau antaranya dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 1428H/2007 serta di Selangor 1427H/2006 selain pernah dilantik sebagai penasihat syariah pelbagai syarikat konglomerat besar," katanya.
Mohd Shahzihan berkata Abdul Majid disifatkan seorang agamawan dan pendakwah yang gigih membangunkan ummah menerusi penulisan dan kuliah agama di masjid, surau dan di stesen media penyiaran.
Abdul Majid ketika ditemui pemberita menzahirkan terima kasih khususnya kepada kerajaan Selangor kerana menghargai baktinya yang berkhidmat di negeri itu lebih 50 tahun bermula pada 1952 sebagai seorang pendidik.
Beliau yang memiliki 18 cucu menasihati golongan muda untuk terus menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi pengajian kerana banyak peluang disediakan oleh kerajaan bagi mengubah kehidupan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua kiri) berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H kepada Abdul Majid (kanan). - Foto BERNAMA
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Abdul Majid tokoh Maal Hijrah Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu kepada Abdul Majid.