PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad akan menjalankan tugas Ketua Pengarah JBPM mulai 1 Jan 2024, susulan persaraan Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.
Abdul Wahab akan bersara wajib daripada perkhidmatan awam berkuat kuasa 31 Dis ini, selepas 38 tahun berkhidmat dalam pasukan 'wira merah' itu.
Pada majlis perbarisan penghargaan Ketua Pengarah JBPM di sini hari ini, Abdul Wahab yang memegang jawatan tertinggi itu sejak 15 Feb lepas, turut memeriksa perbarisan kawalan hormat terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota JBPM lain-lain pangkat, dengan diiringi pancaragam pasukan berkenaan
Beliau turut menaiki kenderaan istiadat yang ditarik beberapa pegawai kanan JBPM.
Terdahulu, Abdul Wahab melakukan imbasan biometrik sebagai simbolik hari terakhir beliau berkhidmat.
Abdul Wahab memulakan perkhidmatan dalam pasukan itu pada 14 Jan 1985 sebagai Penolong Penguasa Bomba dan pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Kelantan, Selangor serta Pahang.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, beliau menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming atas sokongan yang diberikan sepanjang mengemudi jabatan itu.
Beliau turut mengingatkan semua anggota agar memberikan kerjasama penuh kepada Ketua Pengarah JBPM baharu yang dijangka dilantik pada awal tahun hadapan.
"Saya ingin berpesan kepada semua warga jabatan (JBPM) agar terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat sebagai paling utama serta sentiasa menanam sikap berintegriti, ikhlas dan profesional ketika melaksanakan tugas," katanya.
Abdul Wahab berkata pengetahuan serta kemahiran dalam aspek kebombaan dan penyelamat juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan JBPM mencapai prestasi lebih cemerlang pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Abdul Wahab akan bersara wajib daripada perkhidmatan awam berkuat kuasa 31 Dis ini, selepas 38 tahun berkhidmat dalam pasukan 'wira merah' itu. - Gambar Bernama
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
AWANI 7:45 [4/2/2025] – Imbangi Kesan Harga Beras | 85 Peratus Tidak Terkesan | Perkhidamatan Tambahan KTM Komuter | Harga Prihatin
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.
Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini.
Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas
Nilai kerugian akibat kebakaran di Melaka sepanjang tahun lepas mencatatkan penurunan kepada RM25.7 juta.
12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.