PASIR MAS: Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan itu bagi menunjukkan kehadiran anggota keselamatan di kawasan berkenaan termasuk di sempadan Sabah-Kalimantan.
"Walaupun lebih dua tahun tidak berlakunya kes-kes penculikan khususnya di pantai timur Sabah tetapi kawalan keselamatan tetap dilaksanakan.
"Hal ini juga berikutan maklumat mengenai sub ketua kumpulan Abu Sayyaf yang juga pakar pembuat bom iaitu Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup, jadi kawalan akan diperketatkan dan pihak keselamatan akan sentiasa mendapatkan maklumat daripada Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM)," katanya kepada pemberita selepas Program 'Tangan Bersalaman' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hazani berkata status Mudzrimar yang dikehendaki di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), disahkan hasil perkongsian maklumat daripada pasukan keselamatan Filipina melibatkan Joint Task Force Sulu (JTFS) serta J2 WESTMINCOM kerana terbabit dalam beberapa siri pertempuran dan pertembungan dengan pasukan keselamatan Filipina sejak Julai 2021.
Berdasarkan makkumat risikan, kali terakhir dia dilihat adalah pada 10 Jan lepas di sebuah kawasan di Sulu ketika keluar mengambil makanan.
Sementara itu, mengulas mengenai kawalan sempadan darat di sempadan Malaysia-Thailand, Hazani berkata Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan di Kelantan pada Mac nanti.
"Ketika ini, proses tinjauan sedang dilakukan di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand bagi mengenal pasti bentuk muka bumi, kawasan rondaan serta kawasan sering berlakunya penyeludupan.
"Kita juga sedang meninjau lokasi sesuai untuk menempatkan kuda-kuda ini sama ada di Pengkalan Kubor, Tumpat atau Rantau Panjang," katanya.
Beliau berkata dengan adanya bantuan daripada Unit Berkuda FRU itu ia mampu meningkatkan lagi kawalan di sepanjang Sungai Golok serta keberkesanan dalam menangani kes penyeludupan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
![Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643811811_TBHAZANIGHAZALI.jpg)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali ditemui pemberita selepas Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini. - Foto BERNAMA
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458581_TuntutanPalsu.jpg)
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
![1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727329120_JPA.jpg)
1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.
![Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458210_PegawaiLupusDiese.jpg)
Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Mengikut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
AWANI Tonight: Hundreds of foreigners freed from scam centres in Myanmar
Over 250 people from 20 countries, who had been working in online scam centers in Myanmar, have been freed by an ethnic armed group and brought to Thailand. Authorities are determining if they were human trafficking victims.
AWANI Tonight: 2024: Deadliest year for journalists, Israel linked to 70% cases
In 2024, a record 124 journalists were killed across 18 countries, with nearly 70% of the deaths attributed to Israel, according to the Committee to Protect Journalists (CPJ).
AWANI Tonight: Government to amend Peaceful Assembly Act
The government will amend the Peaceful Assembly Act to facilitate groups intending to hold peaceful rallies where consent will no longer be needed from site owners, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643811811_TBHAZANIGHAZALI.jpg)
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.