KOTA KINABALU: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 1,209 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.
Acryl Sani, yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah dan membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Turut menerima penganugerahan darjah kebesaran SPDK ialah ahli perniagaan, Datuk Tang Yong Chew.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi adalah antara 88 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dan membawa gelaran Datuk.
Penerima lain antaranya Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.
Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Phoong Jin Zhe; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Samad Jambri serta Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Hendrus Anding antara penerima lain anugerah itu.
Selain itu antara penerima lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Hiew Vun Zin; ADUN Telupid, Jonnybone J Kurum; ADUN Sungai Manila, Mokran Ingkat dan ADUN Kunak, Norazlinah Arif.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin juga menerima PGDK.
Penerima lain Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy; Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Malek Razak Sulaiman dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Shahurinain Jais.
Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Victor Sanjos; Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr Jamaluddin Mohd Ali; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji dan Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Abdul Rani Alias juga menerima anugerah sama.
Penerima lain antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Dr Lim Hock Leng; Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan, Celestina Stuel Galid; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Asits Sanna; Pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin dan Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah, Jamawi Ja'afar; Ketua Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui; dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah, Ceasar Mandela Malakun juga menerima PGDK.
Sementara itu, 118 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); 228 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK); 281 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK); 310 menerima Bintang Kinabalu (BK); lapan menerima Jaksa Pendamai (JP) dan 174 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).
Tun Juhar dijadual menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri yang akan berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini, pagi esok. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
![Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663076952_TBigp.jpg)
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 1,209 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663076952_TBigp.jpg)
Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.