KUALA LUMPUR: Selama ini, barangkali, kita semua harus mengakui, selama ini kisah yang sering sampai ke telinga kita ialah nasib wanita yang berhadapan dengan tekanan apabila melalui episod kegagalan rumah tangga.
Namun, berbeza pada kaum lelaki yang tidak ramai mengetahui bahawa golongan ini juga antara yang sering menjadi mangsa perceraian terutama melibatkan isu penjagaan anak.
Hal ini turut diakui oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang berkongsi rasa sayunya apabila mendengar luahan mengenai nasib yang dilalui oleh golongan bapa selepas melalui proses penceraian dengan pasangan.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Mas Ermieyati berkata kisah tersebut dikongsi oleh Persatuan Bapa Malaysia ketika beliau berpeluang bertemu dengan kepimpinan persatuan itu pada Selasa.
Berbeza dengan situasi sebelum ini, jelas Mas Ermieyati, beliau acapkali mendengar kisah si ibu yang diceraikan dan berhadapan dengan sikap suami yang lepas tangan.
"Cukup berbeza kali ini. Pelbagai situasi dan cerita dikongsi. Ego seorang lelaki akhirnya tumpas disebabkan sayang dan rindu sangat kepada anak.
"Ada yang bertahun-tahun tidak dapat bertemu dengan anak setelah bercerai kerana hak penjagaan diberikan kepada ibu. Walaupun ada ditulis boleh berjumpa tetapi tiada akses," katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Berkongsi lanjut, Mas Ermieyati berkata, beliau turut mendapat maklum mengenai kepayahan seorang bapa untuk berjumpa dengan anak mereka kerana mendapat perintah daripada mahkamah, dan perlu mematuhi masa dan lokasi yang ditetapkan.
"Lari sikit seperti mana yang diperintahkan, si bapa boleh dikenakan tindakan.
"Ada juga yang berkongsi mengenai ibu memberi tekanan terhadap anak-anak agar membenci kepada ayah mereka.
"Anak dalam kebingungan dan akhirnya berada dalam tekanan. Cuba bayangkan, budak umur sembilan tahun boleh terfikir untuk cubaan membunuh diri disebabkan tekanan mental yang diberikan oleh ibu mereka," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Mas Ermieyati tidak menolak kemungkinan bahawa ramai golongan bapa yang berdepan nasib yang sama.
Tambahnya, apa yang diharapkan oleh seorang bapa hanyalah keadilan untuk memberi dan berkongsi kasih sayang mereka, walaupun kehidupan sebagai suami isteri telah berakhir.
"Anak-anak tidak boleh menjadi mangsa.
"Saya menghargai usaha saudara Sheikh Faleigh (Pengasas Bersama Persatuan Hak Bapa Malaysia, Sheikh Faleigh Sheikh Mansor) dan lain-lain di Persatuan Hak Bapa ini dalam memperjuangkan nasib bapa di luar sana dalam mendaptkan keadilan untuk mereka.
"Mereka mengharapkan agar mahkamah di Malaysia boleh berlaku adil terhadap kedua-dua belah pihak dan bukan sahaja terhadap wanita," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 12 2022
![Ada yang bertahun tak jumpa anak selepas bercerai - Mas Ermieyati sayu dengar nasib golongan bapa Ada yang bertahun tak jumpa anak selepas bercerai - Mas Ermieyati sayu dengar nasib golongan bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641955442_TBERMIE.jpg)
Mas Ermieyati (dua dari kanan) bersama wakil Persatuan Bapa Malaysia selepas mengadakan pertemuan pada Selasa. - Gambar Facebook Mas Ermieyati
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bazar Ramadan: Siapa yang dapat lesen, dia kerja - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan serta merta yang dijual kepada pihak ketiga.
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
![Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714719117_TayyipErdogan.jpg)
Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya.
AWANI Ringkas: Tangani isu sekolah padat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Februari 2025
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana Menteri
Ikuti langsung perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
![Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738742171_AnthonyLoke.jpg)
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
![PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
![PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
![PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731800320_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.
![PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730884576_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
![Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730623476_MasErmieyatiAbdul.jpg)
Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.
![Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730150286_MasErmieyati.jpg)
Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.
![Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690384450_TBRINAHARUNBUDGET.jpg)
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
![Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684478180_TBMASERMIEYATI.jpg)
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.