KUALA LUMPUR: Lembaga Peradaban Melayu (Adab) akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai tiga perkara yang menyentuh kepentingan masyarakat Melayu di negara ini.
Pengerusi baharu Adab Datuk Ghazali Mohd Yusoff berkata tiga perkara tersebut ialah isu berhubung Tanah Rizab Melayu yang peratusannya dilihat semakin susut kebelakangan ini, perincian mengenai pemerkasaan bahasa Melayu dan ekonomi orang Melayu pascapandemik COVID-19.
"Mesyuarat mengenai ketiga-tiga isu ini akan diadakan dalam waktu terdekat sebelum satu memorandum diserahkan kepada Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai visi Adab selepas mesyuarat agung tahunan ke-10 dan ke-11 di sini semalam.
Mesyuarat agung tahunan Adab yang berlangsung semalam memilih barisan kepimpinan Adab bagi penggal 2022 hingga 2024 dengan Ghazali sebagai pengerusi dan Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling sebagai timbalannya.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan itu berkata pertubuhan berkaitan tamadun seperti Adab perlu lebih aktif membangkitkan kelemahan yang wajar diberi perhatian supaya aspek budaya dan tamadun tidak dilupakan masyarakat.
Beliau berkata nilai peradaban dan budaya tinggi perlu diterap dalam masyarakat menerusi kerjasama Adab dengan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pendidikan supaya elemen tersebut dimasukkan dalam pendidikan formal seperti di negara timur yang lain termasuk Jepun, Korea, Taiwan dan China.
Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang turut ditemui pada mesyuarat itu memberikan pandangan positif mengenai pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mengkaji serta meneliti undang-undang sedia ada termasuk 147 undang-undang yang telah lapuk.
"Proses ini (kaji undang-undang lapuk) sepatutnya dilaksanakan sepanjang masa. Kalau undang-undang itu sudah tidak berguna atau merosakkan, simpan buat apa," katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan transformasi undang-undang perlu dilakukan segera kerana keadaan berubah dan undang-undang juga perlu bergerak mengikut keadaan semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022

Mesyuarat agung tahunan Adab yang berlangsung pada Ahad memilih barisan kepimpinan penggal 2022-2024 dengan Ghazali sebagai pengerusi dan Zainal sebagai timbalannya. - Facebook Lembaga Peradaban Melayu Adab
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Jaga adab, akhlak ketika bahas isu terkait RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024
Perdebatan mengenai rang undang-undang itu mula menampakkan reaksi berlebihan sehingga terkeluar daripada lingkungan yang sepatutnya.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Jangan main rampas, minta barang dari tangan anak perlu ada adabnya!
Minta dengan cara berhemah dan lembut, barulah anak pun ikhlas memberi. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Teacher Nizam.

Pindaan Peraturan Mesyuarat pastikan prosiding Dewan Rakyat berjalan lancar
Ahli Parlimen perlu sentiasa menjaga adab, perkataan serta tingkah laku semasa mengeluarkan hujah dalam berbahas atau beri pandangan.

Kempen ponteng sekolah bertentangan dengan adab pendidikan - MBM
Tindakan meminta pelajar untuk tidak hadir ke sekolah menerusi kempen '#MakeSchoolASaferPlace', bertentangan dengan adab pendidikan.

'Jangan jadikan Dewan Negeri seperti sarkas' - Sultan Ibrahim
'Saya tidak mahu dewan ini dijadikan seperti sarkas,' titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Jangan emosi, pilihlah pemimpin yang tidak merosakkan akidah - Mufti Pahang
Mufti Pahang berpesan kepada pengundi supaya tidak telalu mengikut emosi sehingga menjadi mangsa provokasi pada PRU14.

Komuniti tidak bertanggungjawab lahirkan budaya tak ada adab - Ibrahim Bajunid
Komuniti penduduk setempat tidak kira sama ada di daerah kampung, perumahan setinggan mahupun di pangsapuri, mereka perlu ada tanggungjawab bersama.

'Anak siapa yang panjat tiang dalam tren MRT ni?'
RapidKL memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna, yang diharapkan akan memberi kesan sekaligus mengubah tabiat buruk itu.

Viral gantung buaian dalam MRT, ini adab naiki pengangkutan awam jika tak tahu
Ini panduan untuk rakyat Malaysia singkirkan pemikiran 'apa aku peduli' ketika menggunakan pengangkutan awam.